CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18645|Reply: 0

[Kedah] Tiga remaja sesat di Gunung Keriang

[Copy link]
Post time 9-5-2024 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



JENTERA bomba dan kereta polis di laluan masuk ke Gunung Keriang bagi operasi SAR tiga remaja sesat. FOTO Zuliaty Zulkiffli.




Alor Setar: Keseronokan lima remaja mendaki Gunung Keriang di sini, hari ini berakhir dengan tiga daripadanya sesat, memaksa pasukan penyelamat mengerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mereka sebelum itu dipercayai mendaki gunung berkenaan bermula 9 pagi, sebelum memasuki Gua Terus, namun gagal mencari jalan keluar.

Bagaimanapun, dua orang daripada mereka yang berusia 19 tahun akhirnya menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.

Siti Norzawiyah Anuar, 19, berkata, sebelum kejadian, tiga rakannya iaitu dua remaja perempuan berusia 14 tahun dan remaja lelaki berusia 19 tahun mengutip batu kristal di gua untuk dibawa pulang.

Katanya, dia dan seorang lagi rakan lelaki yang berusia 16 tahun pula berada di hadapan tiga remaja terbabit.

"Ketika itu kami cuba mencari jalan keluar, tetapi tersesat dan selepas berusaha, akhirnya kami berjaya keluar serta menyangka mereka bertiga mengikut kami di belakang.

"Namun kami tidak menemui mereka. Saya jerit nama mereka tapi tak bersahut, menyebabkan kami cuba turun guna trek yang ada sehingga kaki gunung," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali ke gunung itu dan memasuki Gua Terus, namun tidak menyangka detik cemas itu berlaku.

"Saya beritahu penduduk mengenai kejadian pada 5 petang dan mereka menghubungi bomba.

"Saya juga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang rakan dan mereka memberitahu tidak tahu mereka di mana," katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.02 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Kanan Bomba (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria dan jentera ke lokasi.

"Operasi SAR sedang dilakukan ketika ini dan pasukan mendaki gunung yang turut disertai polis dan orang awam," katanya.



Disiarkan pada: Mei 8, 2024 @ 11:51pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.049011 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list