View: 5961|Reply: 21
|
[Tempatan]
'Harum Manis Perlis tiada tandingan, Sanusi jangan berangan'
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 9-5-2024 12:38 PM
'Kedah, Perlis berebut status Mangga Harum Manis mana lebih baik'
Oleh Aizat Sharif - Mei 9, 2024 @ 12:06pm
[email protected]
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (kanan), berkata meskipun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa Harum Manis dari negeri itu mula meraih perhatian dan semakin popular berbanding Harum Manis Perlis dan negeri lain, ia tetap tidak dapat menafikan mangga Harum Manis Perlis tetap menjadi pilihan utama penggemar buah berkenaan di negara ini. - Foto BH
KANGAR: Reputasi Perlis sebagai pengeluar mangga Harum Manis utama di negara ini, sukar digugat mana-mana negeri termasuk Kedah, meskipun jiran itu mula mengeluarkan buah berkenaan untuk pasaran negara ini.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata meskipun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa Harum Manis dari negeri itu mula meraih perhatian dan semakin popular berbanding Harum Manis Perlis dan negeri lain, ia tetap tidak dapat menafikan mangga Harum Manis Perlis tetap menjadi pilihan utama penggemar buah berkenaan di negara ini.
"Saya ingat Datuk Seri Sanusi ini berangan, mangga Harum Manis Perlis ini tidak akan boleh ditandingi mangga mana-mana negeri pun, Insya Allah kerana dia mempunyai rasa tersendiri.
"Selain itu, cuaca dan tanah di Perlis juga amat sesuai untuk penanaman mangga jenis ini berbanding di tempat lain jadi apabila (Datuk Seri) Sanusi mengatakan bahawa mangga Harum Manis dari Kedah sudah mampu jauh meninggalkan mangga Harum Manis Perlis hingga 80 tiang atau berapa puluh tiang sekalipun, saya rasa itu angan-angan beliau sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pejabat Menteri Besar, Pejabat Speaker dan Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis, Persiaran Wawasan, di sini semalam.
Mohd Shukri berkata, perbezaan ketara yang ada pada mangga Harum Manis Perlis adalah dari segi ketahanan buah berkenaan yang mampu ditanam tatkala cuaca begitu panas yang sering dialami di negeri itu.
"Beza mangga Harum Manis Perlis ini seperti biasa, ia adalah manis dan berbau harum, itu yang paling penting. Selain itu, sesiapa juga yang membawa benih mangga Harum Manis Perlis untuk ditanam di negeri lain, tidak dapat menyamai rasa manis dan keharuman yang ada pada buah itu yang ditanam di Perlis.
"Ini adalah disebabkan juga kawasan muka bumi Perlis ini yang berbukit dan cuacanya lebih kering jadi kita melihat ini sebagai anugerah Allah tidak terhingga di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis, Razali Saad, berkata dalam hal membabitkan mangga Harum Manis ini, semua rakyat di negara ini tahu dan sedar bahawa Perlis adalah negeri yang sangat sinonim dengan buah berkenaan.
"Dari segi faktanya, kapasiti perusahaan mangga Harum Manis Perlis sudah pun mencapai keluasan penanaman hingga 1,700 hektar berbanding Kedah hanya 100 hektar sahaja, jadi di situ pun sudah nampak mereka (Kedah) agak tertinggal.
"Selain itu, kepuasan memakan mangga Harum Manis Perlis disebabkan kemanisan tetap menjadi pilihan pembeli dan pelanggan buah itu dari segenap pelusuk negara dan negeri jadi saya rasa kita (Perlis) yang jauh tinggalkan Kedah 80 tiang sebenarnya ini," katanya.
Pada 5 Mei lalu, Muhammad Sanusi ketika ditemui selepas Perasmian Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Salak kepada Pusat Mempelam Kedah di Yan, berkata Kedah yakin dapat menjadi pengeluar utama mangga Harum Manis di negara ini selepas usaha meluaskan tanaman buah itu giat dilaksanakan.
Malah, mangga Harum Manis Kedah yang dijenamakan sebagai Harumanis D'Aman kini sudah mula meraih perhatian dan jauh lebih popular berbanding Harum Manis negeri lain walaupun baru dilancarkan tahun lalu.
Selain itu, katanya, kerana populariti itu, Harumanis D'Aman dikatakan mampu meninggalkan jauh mangga Harum Manis Perlis sejauh '80 tiang'.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ntah. Dua2 pun x rasa lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm...dah mkn byk kali harumanis perlis ni. Tapi..tahlah...not so wowwwww sedap gila tiada tandingan... Byk kali makan sbb nak mencari kat mana yg tersedap terpaling itulah. Entahlah...lidah rasa semua org x sama |
|
|
|
|
|
|
|
Nak makan tapi mahal kalah musang king lagi..so makan mempelam biasa je la |
|
|
|
|
|
|
|
harap xde la pasal harum manis pung korang 'main simbah asid'.Mohon..JANGAN buat lagu tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama..
sedap lagi buah asam mempelam kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dedua tak sedap,overrated..sedap lagi pelam siam rm4 je sekelo boleh mkn smpai pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
Harga Yahudi mabuk. Lebih baik makan harum manis Cambodia. |
|
|
|
|
|
|
|
pelaqqq....nak up negeri masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Raya aritu anak buah aku bwk 1 kotak harum manis - sorry tak sedap pun
Buah kuini kat kampung aku lagi sedap takde tandingan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sedap. sedap x sedap subjektif.
Harum MAnis is few produk pertanian yg di usahakan oleh kebanyakkan kaum bumiputra di perlis. Hanya setahun sekali dgn penjagaan yg rumit dgn kos tinggi.
KAlau tak suka dan x mampu, tak payah nk kutuk.
Aku suka durian, tapi nk makan MK setiap kali musim durian x mampu. So Durian kampung atau D101 jadi pilihan. timbang sebiji 2kg. yg dapat makan 400gm. MAsih beli dan makan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS vs PAS, DAP bertepuk tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.
Sedap tu subjektif.
Pd aku yg bukan expert buah pelam antara yg perlis ngn kedah xde beza.
Sama² sedap.. Benda free
Rega mahal mmg wat aku personally takan beli, aku prefer berabis beli duyan dr harumanis perlis.
Nk mkn pelam aku beli harumanis kemboja tu je |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 9-5-2024 02:47 PM
Dedua tak sedap,overrated..sedap lagi pelam siam rm4 je sekelo boleh mkn smpai pengsan
Betulll.. overrated sgt, pelam tu rasa manis melecaih ja, dah mahal gila buang duit, tak berbaloi. Baik mkn pelam harumanis kemboja, rega jauh lebih murah pun manis sgt2.
Pekebun harumanis kata pokok ni manja, kena jaga teruk dgn kos tinggi, sebab tu agaknya harga buah pun mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka buah yg terlalu manis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu lah tak pernah makan...selalu acik2 penjawat awam suka buat rombongan ke sana untuk mencekik harum manis
Tanyalah acik2 gomen mana satu sedap.
Acik forum kerja berkuntum dalam forum je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pokcik ni mai dari perlis paksa anak dia hantar dia ke rumah aku semata2 nak bagi harum manis. Terima kasih pokcik aku pastikan your generous gesture tidak sia2 (and aku juga 100% konfiden dia ikhlas)
Aku sahkan harum manis memang next level.
It's a good thing melayu sekarang dah pandai appreciate fine food when they see one. Macam omputih appreciate anggur untuk dijadikan wine.
|
|
|
|
|
|
|
|
i olls 1st time makan tahun lepas...colleagues bawak dr perlis..manis ya amat...1 bijik pon xterhabes...this year dapat yg kedah punya, kurang sikit manis dia, tp tetaplah manis...i olls prefer yg krg manis sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
mahal sebab bau
so bagi orang yang takde deria bau macam aku ni, rasa sama je macam mangga manis yang lain
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lg suka mangga farlan dr harumanis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|