KULIM: Sebuah kilang memproses minyak pelincir di Kampung Ekor Kuching, Padang Serai, di sini dilaporkan terbakar, hari ini.
Operasi pemadaman kilang berkenaan sedang giat dilakukan ketika ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi- Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.29 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi-Tech tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
"Ketika ini operasi pemadaman masih dilakukan untuk mengawal api dari terus merebak," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, maklumat lanjut berhubung kebakaran itu akan menyusul dari semasa ke semasa.