View: 3413|Reply: 0
|
Saiful tidak mahu leka dengan pujian
[Copy link]
|
|
SAIFUL berkata, sokongan dan persefahaman mantap sepanjang perlawanan menyaksikan skuad Tok Gajah mampu memberikan saingan FOTO Ihsan Liga Bolasepak Malaysia
Kuantan: Pemain tengah Sri Pahang FC, Saiful Jamaluddin tidak mahu leka dengan pujian selepas membantu skuad itu beroleh kemenangan 1-0 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN), Sabtu lalu.
Sebaliknya, Saiful yang juga pemain skuad bawah 23 Tahun (B-23) negara, berkata dia masih belum berpuas hati dengan persembahan keseluruhan kerana percaya tidak berada pada prestasi terbaik.
"Bagi saya berdepan KDN FC Sabtu lalu, ia bukan persembahan sebenar dan perlu meningkatkan prestasi pada perlawanan akan datang jika mahu kekal berada dalam kesebelasan utama.
"Namun, saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan barisan kejurulatihan terutama ketua jurulatih (Fandi Ahmad) yang menyenaraikan saya dalam skuad utama pada aksi pembuka tirai Liga Super.
"Saya harap dapat mengekalkannya (kesebelasan utama) pada perlawanan akan datang kerana perlu bersaing dengan pemain lebih berpengalaman seperti Nor Azam Azih," katanya.
Saiful turut berterima kasih kepada Nor Azam yang banyak membantu dalam meningkatkan persembahan dan gaya permainan lebih bagus dalam usaha membantu Sri Pahang mengutip tiga mata pada setiap perlawanan
Pemain berusia 22 tahun itu berkata, sokongan dan persefahaman mantap sepanjang perlawanan menyaksikan skuad Tok Gajah mampu memberikan saingan.
"Pada perlawanan kedua nanti saya ingin terus bermain dan akan memastikan jurulatih mengekalkan saya dalam skuad utama," katanya.
Sabtu lalu, Fandi yang juga legenda bola sepak Singapura memuji persembahan dan aksi tenang Saiful menyekat serangan lawan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -leka-dengan-pujian |
|
|
|
|
|
|
| |
|