View: 8648|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Sembunyi bawah timbunan kotak takut kena cekup imigresen
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Butterworth: Cubaan sekumpulan pekerja warga asing bersembunyi di sebalik timbunan kotak gagal apabila mereka dicekup oleh petugas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang yang menyerbu sebuah kilang memproses getah dan kertas kitar semula di Guar Petai, Tasek Gelugor di sini, semalam.
Jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata daripada 85 pekerja warga asing yang diperiksa dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, 25 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.
Yang ditahan terdiri daripada 18 warga Myanmar termasuk dua wanita, lima lelaki warga Bangladesh dan dua lelaki warga China, semuanya berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.
"Antara kesalahan yang dikesan semasa pemeriksaan awal di lokasi adalah gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat-syarat pas," menurut kenyataan itu.
Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan ke atas majikan dan tindakan akan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Semua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan dan tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ena-cekup-imigresen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|