CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2866|Reply: 1

Rekod jaringan EPL bakal dipecah musim ini

[Copy link]
Post time 18-5-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Manchester City dari Norway, Erling Haaland hampir pasti memenangi anugerah Kasut Emas EPL buat musim kedua berturut-turut. – Foto REUTERS

LONDON: Rekod jaringan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) hampir pasti dipecahkan hujung minggu ini ketika musim menuju kemuncaknya.

Dengan 10 perlawanan akan dilangsungkan malam esok, sejumlah 1,209 gol dijaringkan setakat ini musim ini dengan purata 3.27 gol bagi satu perlawanan.

Tiga belas gol lagi diperlukan untuk menyamai rekod jaringan EPL sepanjang zaman iaitu 1,222 daripada musim sulung 1992-93 yang mana 22 pasukan bersaing berbanding 20 semasa.

Dengan jumlah terendah jaringan gol pada hari terakhir musim kekal 21 gol pada musim 1997-98, kempen kali ini dilihat paling prolifik buat penyerang.


Penyerang Manchester City, Erling Haaland kelihatan pasti akan memenangi anugerah Kasut Emas bagi musim kedua berturut-turut.

Bintang Norway itu meledak 27 gol menjelang perlawanan di laman sendiri menentang West Ham United malam esok dengan kemenangan akan menyaksikan City ditabal juara buat rekod empat musim berturut-turut.

City turut memerlukan tujuh gol untuk mencapai angka 100 jaringan musim ini. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-dipecah-musim-ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:01 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.573989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list