CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6382|Reply: 0

[Kedah] Lelaki Thailand didakwa edar dadah di Jeti Kuah

[Copy link]
Post time 19-5-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (kiri) tiba di Mahkamah Majistret Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Lelaki Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyeludup pil Methamphetamine di sini, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan ke atas Wirasak Tialek, 41, dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine di Terminal Feri Langkawi antara 2.30 hingga 2.40 petang, 6 Mac lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup berserta sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Normaliza Mat Isa, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dadah-di-jeti-kuah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052315 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list