CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5750|Reply: 0

Pochettino calon pilihan ganti Ten Hag

[Copy link]
Post time 22-5-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode

POCHETTINO pernah bersaing dengan Ten Hag pada 2022 untuk jawatan pengendali United pada 2022. -FOTO Chelsea FC

London: Mauricio Pochettino antara calon yang tersenarai untuk menjadi bos baru Manchester United dua tahun selepas gagal mendapatkan jawatan itu.

Pochettino meninggalkan Chelsea atas persetujuan bersama dan Ketua INEOS, Sir Jim Ratcliffe, mungkin bersedia untuk berbincang dengan bekas bos Tottenham itu sementara Erik ten Hag menjalankan tugasnya di Old Trafford.

Pengendali dari Argentina berusia 52 tahun itu bersaing dengan Ten Hag untuk jawatan di United pada April 2022, ketika meninggalkan Paris Saint-Germain.

Pemimpin tertinggi United pada masa itu, Richard Arnold dan John Murtough, diyakini sudah berbincang dengannya ketika itu.


Tetapi mereka tertarik dengan kedalaman pengetahuan Ten Hag mengenai United dan idea-idea beliau untuk memperbaiki keadaan.

Pengendali Belanda berjaya membuktikannya pada musim pertamanya apabila menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Perdana dan memenangi Piala Liga.

Tetapi keadaan itu berubah dalam kempen musim ini dengan penamat terendah Liga Perdana iaitu tempat kelapan selain tersingkir daripada Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.

United masih mempunyai perlawanan Akhir Piala FA Sabtu ini perlawanan ulangan di Wembley tahun lalu menentang jiran tetangga Manchester City.

Tetapi walaupun dalam keadaan tidak mungkin untuk memenanginya, Ten Hag mungkin terpaksa pergi meninggalkan kelab itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lihan-ganti-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.250623 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list