CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3743|Reply: 0

Sarr 'suka' Pochettino tinggalkan Chelsea

[Copy link]
Post time 22-5-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode

Bek tengah Perancis, Malang Sarr tercicir daripada skuad utama Chelsea. - Foto AGENSI

LONDON: Bilik persalinan Chelsea berisiko bergolak lagi selepas kelab dan pengendali, Mauricio Pochettino bersetuju untuk menamatkan kontrak, tetapi sekurang-kurangnya seorang pemain mengalu-alukan keputusan itu.

Pochettino melepaskan jawatannya di Stamford Bridge hanya 48 jam selepas perlawanan terakhirnya, walaupun dia mendapat sokongan padu pemain-pemain muda Chelsea.

Malang Sarr, bek tengah Perancis yang ditandatangani Chelsea untuk kontrak lima tahun pada tahun 2020, dilihat menyukai hantaran Instagram berkenaan persetujuan Pochettino meninggalkan kelab.

Sarr, 25, berbaki setahun lagi dalam kontraknya di Stamford Bridge tetapi tercicir daripada skuad utama selepas Pochettino mengambil alih kelab di awal musim.


Dia ditukar untuk berlatih dengan skuad bawah 21 tahun Chelsea tetapi terpaksa berlatih sendirian apabila skuad berkenaan mempunyai perlawanan.

Chelsea menandatangani Sarr sebagai pemain muda berpotensi pada tahun 2020 sebelum dia dipinjamkan ke Porto dan kemudian ke Monaco.

Dia berjaya menyertai skuad Chelsea kendalian Thomas Tuchel pada musim 2021-22 dan bermain ketika kemenangan Chelsea ke atas Al-Hilal pada separuh akhir Piala Dunia kelab di Abu Dhabi.

Selepas Tuchel dipecat, dia mula tercicir daripada skuad utama dan ketika ditanya berkenaan Sarr dalam sidang media, Pochettino berkata: "Siapa?".

Sarr cuba memohon perpindahan keluar ke Le Havre pada Januari, tetapi tidak berjaya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -tinggalkan-chelsea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047692 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list