CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7922|Reply: 0

[Kedah] Ujian bapa terlantar cetus cemerlang dalam SPM

[Copy link]
Post time 27-5-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode

MUZZAMMIL menunjukkan keputusan SPM kepada ayahnya Yusuff di rumah mereka di Bandar Amanjaya di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: Biarpun diuji apabila bapanya terlantar akibat strok, ia bukan penghalang buat Muhammad Muzzammil Muhamad Yusuff, 18, memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Pelajar Maktab Mahmud Alor Setar ini berkata, dia sebak apabila mendapatkan keputusan itu kerana mengenang pengorbanan ibu Haslinda Omar, 42, yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga bapa Muhamad Yusuff Ahamad, 43, sejak 2020.

"Ayah yang juga pesara tentera menangis apabila melihat keputusan saya memperoleh 11A (9A+, 1A, 1A-) dalam SPM, saya anggap ini sebagai hadiah untuk orang tua.

"Ibu sebelum ini berhenti kerja sebagai pembantu klinik untuk jaga ayah yang terlantar. Selepas lebih setahun ayah mampu bergerak sendiri ke tandas dan ibu mula bekerja kembali," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Amanjaya, di sini, hari ini.


Muhammad Muzzammil yang kini pelajar Tingkatan Enam di sekolah sama berkata, dia tidak mempunyai rahsia belajar kecuali memberi tumpuan dalam kelas ketika guru mengajar.

Bagaimanapun, katanya dia mengakui amalan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad sebanyak 100 kali selepas solat membantu mengukuhkan semangatnya untuk belajar.

"Saya kini ketua pelajar Maktab Mahmud, ketika di Tingkatan Lima pun saya aktif dengan pelbagai program termasuk memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas.

"Alhamdulillah, ketika di Tingkatan Lima juga ayah saya semakin pulih dan beransur-beransur dapat berjalan. Saya perlu kuat dan beri contoh baik untuk adik-adik," katanya yang juga anak sulung daripada tiga beradik.

Katanya, dia menyimpan impian untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Al Azhar untuk menjadi seorang pendidik.

"Saya berazam melakukan sehabis baik dalam pelajaran, Insya-Allah, saya akan cuba cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan di Universiti Al-Azhar untuk membalas jasa kedua ibu bapa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cemerlang-dalam-spm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.135800 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list