CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9109|Reply: 0

[Selangor] Ibu bapa Zayn Rayyan disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode

ZAYN Rayyan.

Petaling Jaya: Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu disyaki membunuh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan ditahan hasil maklumat risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian.

"Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang. Tangkapan ini membantu siasatan.


"Mereka akan direman pagi ini. Siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh)," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu, ditahan polis semalam.

Menurut sumber, pasangan berusia 28 tahun terbabit ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira 11 pagi.

Lelaki dan wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 302-kanun-keseksaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list