View: 3830|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Restoran punca minyak masak subsidi 'ghaib' di pasaran?
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Seremban: Terdapat restoran dikesan menggunakan minyak masak subsidi hingga mencetuskan ketirisan dan memberi masalah kepada pengguna.
Susulan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertindak proaktif memantau rantaian pengedaran minyak masak paket bersubdisi satu kilogram (kg) di pasaran untuk memastikan tidak berlaku ketirisan.
Timbalan Menterinya, Fuziah Saleh, berkata, pemantauan akan terus dilakukan bagi menangani masalah bekalan minyak subsidi berkenaan.
"Dari segi dasar, kegunaan minyak masak paket ini adalah untuk isi rumah. Tetapi kadang kala berlaku ketirisan apabila restoran turut menggunakannya, ini kemungkinan menyebabkan bekalannya menghadapi masalah.
"Namun begitu, kita (KPDN) sememangnya sedang mengawal bekalan minyak paket ini untuk mengelak ketirisan berlaku berdasarkan kuota yang ditetapkan ketika ini iaitu 60,000 metrik tan sebulan," katanya selepas merasmikan Himpuan Perwakilan Nasional Pemuda Gema, di Klana Resort, di sini, tadi.
Beliau diminta mengulas mengenai isu kekurangan beberapa barangan keperluan asas di pasaran terutama bekalan minyak masak peket yang masih menjadi keluhan pengguna termasuk peniaga dan penjaja kecil.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata, pihaknya akan terus bertindak agresif memantau bekalan minyak masak paket terbabit dan memastikan kuota yang ditetapkan itu dapat dimanfaatkan golongan sasaran.
Mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga barang pada musim perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, beliau berkata, KPDN akan meningkatkan lagi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
Menurutnya, pemantauan dilakukan setiap hari oleh 1,000 pegawai pemeriksa harga barang dan mereka akan turun ke setiap pasar raya, kedai runcit di seluruh negara.
"Kita juga ada 2,200 anggota penguat kuasa yang turut menjalankan tugas memantau dan menguatkuasakan undang-undang Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Kita boleh mengambil tindakan sekiranya kita lihat ada berlaku kenaikan yang tidak munasabah. Saya menggesa peniaga tidak mengambil kesempatan dalam musim-musim perayaan ini apabila permintaan terhadap barangan itu tinggi.
"Ingin saya jelaskan, pada musim perayaan Hari Raya Haji, kita tidak ada Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tetapi kita kawal secara biasa melalui penguat kuasa kementerian dan memantau harga seperti biasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-ghaib-di-pasaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|