|
Pemain tengah Sepanyol, Mikel Oyarzabal (kanan) meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 ke atas Andorra pada aksi persahabatan di Estadio Nuevo Vivero, Badajoz, Sepanyol. - Foto AGENSI
BADAJOZ, Sepanyol: Pemain tengah, Mikel Oyarzabal masuk sebagai pemain gantian di babak kedua dan meledak tiga gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Andorra pada aksi persahabatan menjelang Euro 2024.
Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente menampilkan skuad berwajah baharu tetapi masih mendominasi sejak awal permainan.
Bekas penyerang Newcastle United dan Leicester City, Ayoze Perez, yang mengumpul kap antarabangsa pertama di usia 30 tahun, meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-24.
"Ia penampilan sulung idaman. Menjaringkan gol dan membantu yang lainnya sangat hebat, saya gembira.
"Saya cuba mencari peluang dalam setiap sesi latihan dan permainan. Sekarang terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan terbaik bagi pasukan," kata Ayoze, yang meledak lima gol dalam tujuh penampilan terakhir untuk Real Betis musim ini.
Pemain Real Sociedad, Oyarzabal, salah seorang daripada empat pemain gantian yang dimasukkan ketika rehat, melebarkan kedudukan pada minit ke-53, 66 dan 73 untuk melengkapkan hatriknya.
Ferran Torres menjaringkan gol kelima Sepanyol ketika permainan berbaki lapan minit menerusi serangan balas.
Sepanyol akan berdepan Ireland Utara pada kasi pemanas badan terakhir Sabtu ini sebelum memulakan kempen Euro menentang Croatia pada 15 Jun dalam aksi Kumpulan B yang turut menampilkan Itali serta Albania. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... rik-belasah-andorra |
|