CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2749|Reply: 0

[Perak] Hasrat ayah laksana ibadah korban Aidiladha ini tidak tercapai

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode

ABU Dzar menunjukkan gambar kenangan arwah ayahnya, Hanapiah Ismail yang maut tertimbus timbunan tar dalam kemalangan jalan raya, malam tadi. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Kampar: Hasrat Penghulu Mukim Teja untuk melaksanakan ibadah korban pada Aidiladha ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan dengan treler membawa muatan tar di Kilometer 4 Jalan Tanjung Tualang-Malim Nawar itu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Hanapiah Ismail, 59, yang menunggang motosikal Honda Wave ditemukan tertimbus dalam timbunan tar.

Anak sulung, Abu Dzar Hanapiah, 29, berkata ayahnya itu dalam perjalanan pulang ke kediaman keluarga di Kampung Ayer Papan selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Daerah dan Tanah Kampar di sebuah hotel di Ipoh.

Menurutnya, khabar duka itu dimaklumkan oleh sepupunya melalui panggilan telefon, pada masa yang sama ada beberapa gambar dan video berkaitan kejadian mula tular di media sosial.


"Emak amat terkejut apabila diberitahu ayah terbabit kemalangan.

"Kali terakhir kami bertemu pada Isnin lalu, arwah ayah kelihatan sangat mesra dengan cucunya.

"Tiada apa-apa orang kata petanda, melainkan arwah berpesan kepada kami tiga beradik supaya menjaga solat," katanya tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di kediaman keluarganya di sini, hari ini.

Abu Dzar berkata, Allahyarham ada menyatakan hasrat melaksanakan ibadah korban pada Aidiladha, dua minggu lagi.

"Mak juga ada beritahu ayah berniat membawa mak dan adik bongsu menunaikan umrah selepas dia bersara pada tahun depan.

"Arwah bukan sahaja seorang ayah yang penyayang, malah mesra dalam berkhidmat kepada masyarakat setempat," katanya.

Jenazah Hanapiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Durian, Tanjung Tualang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Kampar ke Tanjung Tualang.

Menurutnya, treler bermuatan tar dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun juga berada di lorong sama dengan kedudukan 10 meter di hadapan.

"Tiba di lokasi kejadian, berlaku kerosakan pada penyambung treler menyebabkan kenderaan berat itu terangkat dan hilang kawalan.

"Keadaan itu mengakibatkan muatan yang dibawa tumpah di atas jalan dan menimbus mangsa.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ini-tidak-tercapai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.260901 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list