CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6407|Reply: 0

[Selangor] Pecah rumah pemain Selangor FC bukan ‘target’

[Copy link]
Post time 8-6-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode

Hussein beramah mesra dengan penduduk yang hadir ketika Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita PDRM Kontinjen Selangor 2024 hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI /KOSMO!

KAJANG – Kes pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee bukanlah sasaran namun, difahamkan hanyalah satu kebetulan menjadi mangsa ketika kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dakwaan rumah Khuzaimi Piee dipecah masuk kerana pemain bola adalah tidak benar.

“Kes ini hanya kebetulan. Hasil siasatan mendapati suspek bukan ‘target’ rumah pemain terbabit.

“Suspek mengintai beberapa rumah sebelum rumahnya yang mana apabila didapati tiada siapa dalam rumah jadi mereka pecah masuk rumah tersebut.

“Secara jelas adalah rumah ini bukan di ‘target’ kerana mangsa adalah pemain bola sepak, tapi hanya kebetulan dan tiada kena mengena dengan isu berkaitan dengan pemain bola sepak lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2024, di Taman Rakan, di sini, hari ini.

“Kita masih kesan dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kenderaan yang dinaiki mereka ketika kejadian menggunakan nombor plat palsu,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai pergerakan suspek kes samun kediaman Khuzaimi Piee tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di media sosial itu, suspek dipercayai menggunakan Toyota Estima untuk keluar dari pintu pengawal keselamatan kawasan perumahan berkenaan.

Turut kelihatan, sebuah motosikal jenama Y15ZR berwarna biru yang dipercayai milik Khuzaimi telah dilarikan oleh seorang lelaki keluar dari pekarangan rumahnya diekori rapat oleh kereta putih.

Kemudiannya, terdapat rakaman dari sudut dalam rumah memaparkan seorang individu yang tidak dikenali menyelinap masuk dari pintu rumah Khuzaimi Piee.

Rentetan rumah dipecah masuk, Khuzaimi Piee kehilangan beberapa dokumen penting, empat beg pelbagai jenama, passport dan sebuah motosikal.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... or-fc-bukan-target/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.167099 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list