View: 3438|Reply: 0
|
Kim Pan-gon yakin Harimau Malaya ledak 7 gol
[Copy link]
|
|
PAN-GON akui sudah memiliki ramuan terbaik untuk Harimau Malaya turun memburu kemenangan besar ke atas Taiwan.
SKUAD Harimau Malaya mampu untuk memburu sekurang-kurangnya tujuh gol pada perlawanan bertemu Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bagi memastikan ‘misi mustahil’ layak ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 menjadi kenyataan.
Keyakinan itu disuarakan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang melihat pasukannya tidak ‘cakap kosong’ dalam usaha melakar kemenangan besar ke atas Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D itu nanti.
Kata Pan-gon, meskipun kenyataannya berbaur riak, segalanya berlandaskan fakta memandangkan Harimau Malaya memiliki ramuan istimewa dan cukup kebal di laman sendiri.
“Saya optimis kami mampu melakar keputusan yang baik kerana sebelum ini setiap perlawanan di laman sendiri kita ada rekod yang cemerlang dan boleh meraih sekurang-kurangnya lima gol.
“Selain itu, saya juga jangkakan kapasiti stadium bakal dipenuhi oleh penyokong dan Ultras Malaya untuk memberi sokongan sekali gus menambah tekanan pasukan lawan.
“Mengenai Taiwan, sudah pasti mereka juga katakan untuk tidak mahu tewas tetapi saya percaya dengan barisan pemain yang kami miliki pasukan mendominasi perlawanan sekali gus melakar keputusan positif,” katanya pada sidang media semalam.
Sementara itu, Pan-gon mengesahkan barisan kejurulatihan terpaksa menggunakan ‘talian hayat’ dengan memanggil Sergio Aguero pada saat akhir bagi menambah sengat jentera serangan negara bertemu Taiwan nanti.
“Mengenai Aguero, sebenarnya dia sudah berada dalam perancangan saya lebih awal (sebelum aksi bertemu Kyrgyzstan), tetapi ketika itu dia belum cergas sepenuhnya.
“Kini, dia sudah disahkan pulih dan kita lihat dia mempunyai ruang dan peluang untuk membantu pasukan pada perlawanan terakhir nanti,” katanya.
Pan-gon meluahkan keyakinan terhadap anak-anak buahnya untuk mengulangi pencapaian cemerlang apabila pernah menewaskan Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan tahun lalu.
Bagaimanapun, pada pertemuan awal peringkat Kumpulan D di Taipei pada November lepas, skuad negara hanya mampu menewaskan Taiwan 1-0.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... malaya-ledak-7-gol/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|