View: 4304|Reply: 6
|
Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang wanita dan kanak kanak cedera apabila dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Sandakan, Sabah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa.
Pemangku ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K. Ramasamy berkata, kejadian berlaku di Jalan Leila, Bandar Ramai-Ramai.
Bagaimanapun, jelasnya, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial.
“Menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta, kedua-dua mangsa dilihat secara tiba-tiba melintas jalan sebelum dilanggar.
“Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta terbabit kemudian membawa mangsa ke hospital Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, hasil pemeriksaan, wanita dan kanak kanak itu hanya mengalami sedikit kecederaan ringan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.
Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak berlari melintas jalan sambil dikejar seorang wanita sebelum dilanggar.
Video berdurasi seminit itu turut menujukkan kedua-dua mangsa tercampak selepas dilanggar pada bahagian hadapan kereta tersebut.
Sumber : KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
geramnya iols tgk makpak mcm ni. anak tu maybe buas, u as parents lah should take preventive steps. yih! |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dekat bangsar ni, walaupun kawasan perumahan, tetap bawak laju ye. lagi2 kawasan sekolah.. dan leluhur parashit c yg suka bawak laju.. tak menyabar dan tak menyempat leluhur ni.. ni iols cerita kawasan iols tau |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah terpelanting si anak tu
syukur kedua2 cedera ringan
mmg menonong je la si anak tak dipegang pulak tu..
apa la dipikir si maknya
aku phm je kereta laju mcm hanat TAPI yg kau tak pegang anak tu tak kira la ada kereta ke tak apahal
|
|
|
|
|
|
|
|
Makpak pandai buat anak saje.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib kecederaan kecil ja, harap ibu bapa ambil sikap hati2 bila melbatkan anak2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sad but true. ramai skrg mmg reti buat jer, jaga tak reti
|
|
|
|
|
|
|
| |
|