CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3983|Reply: 0

[Kedah] 'Saya kena kuat' - suri rumah jaga suami, bapa terlantar dan anak OKU

[Copy link]
Post time 14-6-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode
'Saya kena kuat' - suri rumah jaga suami, bapa terlantar dan anak OKU




Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Kharida tabah menjaga suaminya, Noorain (kanan) dan bapanya, Abu Hassan (kiri) yang kedua-duanya terlantar akibat angin ahmar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Jitra: Berat ujian yang dilalui Kharida Abu Hassan, 54, yang menjaga suami dan bapanya yang terlantar akibat angin ahmar selain anak bongsu orang kurang upaya (OKU) lembam.

Setiap hari, suri rumah itu menggalas tugas membersihkan badan, menukar lampin pakai buang serta memberi makan kepada kedua-dua insan yang disayanginya itu.

Menurut Kharida, bapanya, Abu Hassan Hashim, 82, menghidap angin ahmar dan sakit tua sejak dua tahun lalu manakala suaminya, Noorain Hashim, 63, diserang sawan dan angin ahmar pada Oktober lalu.

"Sebelum ini, saya bergantung pada suami untuk membantu menguruskan ayah dan mencari rezeki untuk keluarga tetapi sejak suami sakit, saya pula yang mengambil alih tugas itu.

"Setiap hari, saya menghantar anak bongsu ke sekolah pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pauh dan anak keempat di SMK Tunku Anum dengan motosikal.

"Selepas itu saya uruskan ayah dan suami pula sebelum menguruskan rumah tangga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Kawah di sini.

Menurut Kharida, selain itu, anak sulungnya mengalami tekanan jiwa manakala anak kedua dan ketiga pula masing-masing melanjutkan pengajian di universiti.

Katanya, dia yang juga anak keempat dari lima beradik itu mengambil alih tugas menjaga bapanya disebabkan dua kakaknya mengalami masalah kesihatan manakala adik bongsunya menetap di Langkawi dan yang sulung pula sudah meninggal dunia.

"Suami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan wang itulah digunakan sepenuhnya untuk membayar elektrik dan air serta membeli lampin pakai buang untuknya.

"Selain itu, saya juga mengambil upah untuk memasak setiap hari persekolahan di sebuah taska berhampiran rumah dengan pendapatan purata sekitar RM500 sebulan.

"Wang itulah yang saya gunakan untuk persekolahan dan pengajian anak-anak selain makan minum kami sekeluarga, " katanya.

Kharida berkata, sepatutnya suami dan bapanya perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun disebabkan tiada kenderaan selain tiada yang dapat membantunya menguruskan mereka, dia tidak dapat membawa mereka ke hospital.

Katanya, kedua-duanya kini hanya terlantar di rumah dan sukar untuknya untuk meninggalkan mereka pada masa yang lama kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Sekarang harga barang banyak yang mahal dan saya terpaksa berjimat. Mereka guna lampin pakai buang sekurang-kurangnya 13 bungkus, itu pun saya tukar antara dua atau tiga keping sehari bergantung pada penggunaan," katanya.

Kharida berkata, dia yang mempunyai masalah kencing manis juga berharap diberi kesihatan yang baik supaya dapat terus menjaga anak-anak serta bapa dan suaminya itu.

Orang ramai yang ingin membantu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 02039024772979 milik Kharida Abu Hassan.



Disiarkan pada: Jun 14, 2024 @ 10:44am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069938 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list