View: 3938|Reply: 27
|
Ada asas sejarah terhadap dakwaan TMJ - Hassan Karim
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim melahirkan rasa simpati terhadap pandangan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai status Johor sebagai "rakan kongsi setara" Persekutuan Malaysia.
Di sebalik bidasan pelbagai pihak bahawa pandangan Tunku Ismail yang juga adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Hassan berkata pendapat baginda harus dilihat dari perspektif sejarah yang lebih luas dan tanpa kekangan tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
Pemimpin PKR itu mendakwa Johor tidak pernah diduduki secara langsung oleh Portugis, Belanda, Inggeris, mahupun Jepun, sekali gus mempunyai sejarah terpanjang di Malaysia sebagai wilayah berdaulat.
Justeru, ini, katanya menjadikan kedudukan kelas kedua dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh diterima oleh Johor.
“Sejarah Johor tidak pernah ditewaskan dalam perang oleh Portugis, Belanda ataupun Inggeris. Johor kekal merdeka walaupun pada satu detik sejarah Singapura sebahagian dari Johor jatuh ke tangan Inggeris secara manipulasi dan penipuan Stamford Raffles.
“Johor juga tidak semacam sejarah Sabah yang pernah menjadi wilayah penguasaan Kesultanan Sulu dan juga Kesultanan Brunei. Sabah tidak pernah mengalami hidup sebagai wilayah merdeka seperti Johor sebelum pembentukan Malaysia.
“Jadi jika Tunku Ismail menuntut Johor dilayan oleh Persekutuan Malaysia sebagai rakan Persekutuan seperti Sabah dan Sarawak maka tuntutan sedemikian rupa bukannya sesuatu yang nonsense atau tak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Tunku Ismail juga menimbul kontroversi apabila menggesa pengasingan kuasa yang lebih besar antara Johor dan persekutuan. Titah baginda, kepentingan negeri itu hanya dijaga semasa musim pilihan raya.
Baginda menegaskan bahawa Johor bukan negeri pengemis sehingga perlu meminta-minta bagi menampung keperluan dan pembangunan di negeri itu dan menuntut kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada hasil cukai negeri berkenaan dikembalikan.
Tunku Ismail turut membangkitkan cadangan mewujudkan Gabungan Bangsa Johor, iaitu gabungan yang menurutnya akan membolehkan kepentingan negeri diputuskan sendiri oleh penduduknya, sepertimana di Sarawak.
Namun, pakar perlembagaan berkata bahawa pandangan Tunku Ismail mengenai kedudukan Johor dalam persekutuan tidak mengikut struktur yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi bagi penganalisis politik, Wong Chin Huat, gesaan itu adalah satu panggilan kejut buat agenda nasional desentralisasi.
Sumber : Malaysiakini |
|
|
|
|
|
|
|
pakar sejarah,pakar perlembagaan....mohon pencerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
alah putik zimbabwe pun.. apa kata sedekah je lahhh, dr terasa memintak2 mcm pengemis
reta 70 keturunan pun belum tentu abes
buat la amal jariah sikit.. tak luak punnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok seberang.
Kuasa autonomi kepada wilayah membuatkan wilayah luar jawa berkembang pesat berbanding semuanya di tangan pemerintah pusat (Jakarta).
And ofkos tengok la kerancakan pembangunan Sarawak.
Point here is this: call for more state power takkan berlaku kalau sebelum ni agihan kekayaan lebih adil kepada negeri2 daripada dok buang duit kat langkawi manjang Dan perabih dana negara utk melahirkan rent seekers suku sakat pemimpin negara.
So now kene hadaplah. Salah pemimpin negara jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak sangat dengar coretan tundet pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin PKR itu mendakwa Johor tidak pernah diduduki secara langsung oleh Portugis, Belanda, Inggeris, mahupun Jepun, sekali gus mempunyai sejarah terpanjang di Malaysia sebagai wilayah berdaulat.
really ar?
abis waris2 keluarga yg mati zmn jepun tu bohong ajala, Jepun baik kt situ, BFF org tanah melayu...
ni kene tulips balik buku sejarah daaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blue_blur at 18-6-2024 08:43 PM
masalahnya..... bloodline mana dapat akses ke harta qarun tu... larik....
(sama dengan monark british yang suka recycle nama, nama nye je lah yang dapat pegang) |
|
|
|
|
|
|
|
Slurrrppppppppppp ahhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Entah. Bodohlah siapa yg percaya bangsat2 nih claim tanah nenek moyang dayak, yg dayak ppl beribu2 tahun duduk tu sbg tanah dia org. Nak tuntut tu tuntut je lah, nak ikut stail weols - the more the merrier gittewww tapi tak payahlah acah2 terpaling history, terpaling cultured. fakta main hembus jah. wilayah tak pernah merasa merdeka pun sempat jugak bertanding dlm sukan Olimpik 1950an sbg negara, korang hado? nan hadoooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Battle antara a voice on his way up verses one on his way out
Game on!
|
|
|
|
|
|
|
|
https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2022/02/04/3909/ |
|
|
|
|
|
|
|
Bodek topoi nampak si rambut putih ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi nak masuk negara j kena ada kertas secoet mcm sabah dan sarawak? Mcm tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 19-6-2024 12:03 AM
Bodek topoi nampak si rambut putih ni
X pyh tgk rambut putih tgk muka pun da nmpk kurang cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Desentralisasi di tanah melayu bagus bila kerajaan negeri itu cerdik dan mampu memerintah negeri. Negeri yg berpendapatan tinggi wajar diberi lebih kuasa autonomi. Negeri miskin tu wajarlah 'dijajah' kerajaan pusat kerana masih mengemis bantuan. Kenapa masih mengemis? Sebab tak reti memerintah negeri walaupun dapat kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dia ni diantara yg msh sperma sblm pembentukan persekutuan? ampu jgn tk ampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kalau lanun kurang menyakau 30% dan mencaras mcm barbaric pada semua projek mega mahupon bilis yg dah di award secara sah kepada competant company, J boleh maju dan lebih berdaya saing |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-6-2024 05:52 AM
Desentralisasi di tanah melayu bagus bila kerajaan negeri itu cerdik dan mampu memerintah negeri. Ne ...
Bukan sbb beli Mercedes ker? |
|
|
|
|
|
|
| |
|