CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3733|Reply: 34

[Tempatan] Warga asing serbu, monopoli agihan daging korban

[Copy link]
Post time 19-6-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Warga asing didakwa menyerbu lokasi pengagihan daging korban sekitar bandar raya ini hingga menyebabkan umat Islam tempatan yang layak gagal mendapatkannya.

Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaysia (Perimau), Mohd Ridhwan, 45, berkata, mereka datang secara berkumpulan dan membawa pulang sehingga 10 kilogram daging walaupun tinggal serumah.

Mereka juga didapati menyebarkan maklumat pengagihan daging korban kepada rakan termasuk dari luar kawasan supaya tidak ketinggalan bagi mendapatkannya.

"Perkara ini berlaku kerana kelemahan sistem pengagihan daging korban, sepatutnya pengurusan mewujudkan sistem berkupon," katanya kepada pemberita ketika ditemui.


Tular sebelum ini foto warga asing beratur bersama-sama penduduk tempatan untuk mendapatkan daging korban yang didakwa berlaku di surau dan masjid sekitar bandar raya ini.

Ridhwan berkata, kaedah tersebut bagi memastikan pengagihan lebih adil dan tiada golongan yang kurang berkemampuan ketinggalan.

Menurutnya, kadang-kadang pengagihan tidak disampaikan kepada golongan kurang berkemampuan atau fakir miskin sebaliknya mereka yang tidak layak mendapatnya.

"Bagi mengurangkan risiko daging korban disalah agih, pihak penganjur disaran mengamalkan sistem agihan korban yang telus, sistematik dan dapat mencapai matlamat secara amanah dan adil selaras kehendak syariah," katanya.

Seorang lagi warga bandar raya ini, Nordin Ayub, 42, berkata, ramai lagi penduduk dalam kawasan bandar raya ini yang memerlukan dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat.

"Sekarang ni orang yang duduk bandar macam saya, nak beli ayam atau daging pun berkira-kira kerana sudah mahal, kena tunggu awal bulan bila dapat gaji baru merasa, itupun kena tengok bajet bulan itu macam mana," katanya.

Sumber Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
warga asing 21-0 Warga tempatan
                     
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
'Malaysia bagus Malaysia boleh Malaysia aman Malaysia manyak makanan'
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 08:35 PM | Show all posts
Ni memang betul. Aku sendiri masa ambik daging korban perhati banyak muka2 Indon juga ambik serta. Kesian dekat warga tempatan tak dapat daging korban.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu ada baca komen dkt tt ramai pertahankan warga asing sambil menyelar warga tempatan muka x malu nak amik daging korban time solat kt masjid/surau x nmpk btg hidung......eh helloooo ko ingat bangla yg beratur panjang tggu daging korban tu rajin pg surau ke? Hari jumaat ramai je yg ponteng, lg satu bangla/rohingya bkn Islam pun ada yg xde agama, ajk surau plk baik hati bagi daging korban tanpa usul periksa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bodoh bg kt warga asing tu kenapa
Xkn xkenal muka pendatang dgn local
Warga asing Musibat tu mng semua nk free
muka tak malu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2024 09:18 PM | Show all posts
Firenzza replied at 19-6-2024 02:04 PM
Aritu ada baca komen dkt tt ramai pertahankan warga asing sambil menyelar warga tempatan muka x malu ...

Ehhh babi nye yg pertahan kn warga asing tu
Lantak lah xnmpk btg idong ke apa
Daging korban tu utk org tempatan bkn utk pendatang
Kalo time solat jumaat masjid bg nasi bungkus
Semua warga asing yg sapu
Org tempatan budak sekolah xdpt
Dorg ni mmg suka ajak kwn2  kalo ada benda free
Semua  dia nk kaut  apa yg org sedekah kt masjid
Muka  xmalu kebulur je sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:41 PM | Show all posts
Ummah malay kan berhati lembut, takpela bagi warga asing pon, benda baik apa salahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah malay kan ke penyayang. Deme org jauh susah payah cari rezeki demi sesuap nasi









Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:35 PM | Show all posts

Warga asing serbu, monopoli agihan daging korban​



Tangkap layar video tular menunjukkan warga asing dan penduduk setempat beratur di sebuah surau di bandar raya Johor Bahru untuk mengambil daging korban.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt taman aiol ni sama je hanatnya. Tatang bebeno puak pendatang ni habis semua bg ke deme je. Takde langsung nak agih2 dkt penduduk kariah. Alasannya tak dtg surau jgn harap le nak dpt. Masalahnya puak ni pun dtg time korban je pun. Waktu lain mana pernah seko pun jejak kaki hatta ke pagar surau sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kupon kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:41 PM | Show all posts
mana boleh pukul rata semua pendatang tu tak layak... kita yang korban ni pun tak fikir siapa yang dapat asalkan kita dah korban dan agih2 kan?

rasa nye tahun depan kena asingkan.... yang buat kat surau/masjid, hanya untuk agihan ke qariah/AJK/dan muka yang selalu muncul jemaah...

yang buat kat luar surau/masjid, kena deal dengan PBT, ni untuk agihan pendatang,bukan AJK surau/masjid, dan yang sangat jarang berjemaah di surau/masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemuda Puteri Malaysia - Perimau


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 10:46 PM | Show all posts
Tahun Lepas pun cerita sama jugak.
Subsidi makanan pun semua depa dapat, daging korban pun depa yang dapat.
Kena buat rules tunjuk ic biru baru boleh ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:11 PM | Show all posts
Surau meols buat sistem kupon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 19-6-2024 10:46 PM
Tahun Lepas pun cerita sama jugak.
Subsidi makanan pun semua depa dapat, daging korban pun depa yan ...

"abang islam xde 'cakap' ini macam,semua sama la..bangla ka,melayu ka.itu daging misti kasi adil jugak"-Abangla tersinyum bahagia di Malezia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 19-6-2024 10:36 PM
Dkt taman aiol ni sama je hanatnya. Tatang bebeno puak pendatang ni habis semua bg ke deme je. Takde ...

pendatang asing 21-0 warga tempatan
                        
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
First time ke mesejid tu buat korban? Taun lepas warga asing takde ke kt kampung tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:53 PM | Show all posts
ikutla orang yang buat korban tu nak bagi ke sapa. Kat tempat meols pon memang tetiap tahun ramai je bangla beratur amik daging, ajk masjid bagi sorang sikit2 je la, namun kena amik kupon dulu. Lagipun area weols ni berbilang bangsa. So ok je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.265277 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list