CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 0

[Perlis] Utamakan aspek kesihatan ketika di Tanah Suci - Pemangku Raja Perlis

[Copy link]
Post time 24-6-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Utamakan aspek kesihatan ketika di Tanah Suci - Pemangku Raja Perlis


Jun 24, 2024 @ 7:12pm



]
Tuanku Syed Faizuddin Putra (lima dari kanan) mencemar duli melawat AMC di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain di Makkah.




KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan jemaah haji dan umrah agar mengutamakan aspek kesihatan ketika berada di Tanah Suci.

Titah baginda, kesihatan diri adalah faktor penting yang dapat menjamin kesempurnaan ibadah.

"Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian oleh jemaah ketika menunaikan haji dan umrah," titah baginda.


Mohd Khairi (kanan) memberi penerangan mengenai perlindungan takaful yang disediakan secara bersama oleh AKIL, MEDEX dan AMC kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra.



Baginda bertitah demikian ketika berkenan mengadap lawatan ke Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain di Makkah baru-baru ini.

Keberangkatan baginda disambut Ketua Pegawai Eksekutif Medex Healthcare Services Limited (MEDEX), Dr Abdullah Zaher; Pengarah Perubatan MEDEX, Dr Khaled Hamu dan warga AMC.

Mengiringi baginda, Pengarah Urusan Kumpulan Al-Khairi Berhad, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat dan mendengar taklimat berkaitan inisiatif perlindungan takaful antara Al Khairi Insurance Limited (AKIL), MEDEX serta AMC yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

AKIL dan AMC telah menjalinkan kerjasama dalam memberikan perlindungan sepanjang tempoh perjalanan dan keberadaan jemaah Malaysia yang berada di Tanah Suci.

Selain menjamin aspek penjagaan kesihatan, inisiatif berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan jemaah yang dikendalikan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.281375 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list