CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4488|Reply: 0

[Kedah] 'Sebagai bapa, saya akan terus berikhtiar untuk Adib'

[Copy link]
Post time 28-6-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode
'Sebagai bapa, saya akan terus berikhtiar untuk Adib'


Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Noor Azian Ahmad dan suaminya, Mohd Nazri Abd Wahab melihat keadaan anak mereka, Muhammad Adib Nazrin, 15, yang menghidap kanser otot menyebabkan bahagian kiri mulutnya bengkak. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: "Saya tak sanggup melihat keadaan Muhammad Adib Nazrin kerana sel kanser di mulutnya semakin bengkak, bernanah dan keluar darah selain mengeluarkan bau.

"Kanser otot yang dialaminya itu sangat agresif dan cepat merebak sehinggakan dia tidak boleh bercakap," kata Mohd Nazri Abd Wahab, 45.

Mohd Nazri berkata, walaupun keadaan anaknya semakin lemah namun dia akan terus berikhtiar dan berusaha untuk mengurangkan kesakitan yang dialami anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, Muhammad Adib Nazrin, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala sebelum ini aktif di sekolah tetapi sejak dia sakit, dia hanya mampu baring di atas katil.

"Anak saya pada mulanya hanya mengalami sakit di bahagian gigi geraham bongsu dan saya membawanya ke klinik pergigian di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan, pada Januari lalu.

"Namun, selepas pemeriksaan, doktor memberitahu keadaan gigi anak saya bermasalah dan perlu menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan hasilnya doktor memaklumkan ada kesan pada tulang rahang gigi anak saya.

"Bagaimanapun, kes anak saya perlu dirujuk ke pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum doktor mengambil sampel tulang rahang dan tisu untuk dihantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tunku Yaacob, Jalan Alor Mengkudu, di sini hari ini.

Mohd Nazri berkata, dia dan isterinya, Noor Azian Ahmad, 47, terkejut apabila doktor memaklumkan anaknya disahkan menghidap kanser otot tahap empat berdasarkan hasil laporan sampel yang diambilnya itu.

Katanya, anaknya perlu dirujuk segera ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

"Bagaimanapun, selepas menjalani pusingan keempat kemoterapi dan radioterapi di HPP, bengkak dalam mulut anak saya tidak surut malah semakin membesar menyebabkan doktor terpaksa menghentikan kemoterapi.

"Bahagian dalam mulut anak saya terus membengkak dan penuh dengan darah hinggakan dia kini tidak boleh bercakap dan hanya bergantung pada tiub untuk minum susu," katanya.

Mohd Nazri berkata, dia yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat di Alor Setar berkata, dia terpaksa berulang alik ke Pulau Pinang untuk membawa anaknya seminggu sekali.

Katanya disebabkan itu juga dia terpaksa mengambil cuti untuk membawa Muhammad Adib Nazrin mendapat rawatan sepenuhnya biarpun dia dan isteri terpaksa berkorban.

"Setiap kali ke Pulau Pinang, kami terpaksa membawa dua anak, Nur Amanda Nashua, 8, dan Muhammad Affan Nufail, 7, bersama kerana tiada sapa hendak jaga mereka di rumah.

Menurut Mohd Nazri, isterinya tidak bekerja dan menjaga Mohd Adib Nazrin sepenuhnya di rumah termasuk membersihkan luka di bahagian bengkak serta memandikannya.

Katanya, dia tidak mengharapkan apa-apa cuma berdoa supaya kesihatan anaknya kembali pulih seperti sedia kala.

"Saya pula terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya RM500 untuk kos ulang alik ke Pulau Pinang setiap minggu termasuk kos penginapan hotel bajet sepanjang anak menjalani rawatan di sana.

"Isteri akan menjaga anak dalam wad manakala saya menjaga dua lagi anak sehingga Muhammad Adib keluar wad," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk membantu Muhammad Adib Nazrin boleh menyalurkan sumbangan untuknya melalui nombor akaun bank Maybank ibunya, 114178898601 (Noor Azian Ahmad).

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi pesakit itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai selain katil pesakit untuk kegunaan pesakit.



Disiarkan pada: Jun 28, 2024 @ 1:04pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059483 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list