CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11695|Reply: 0

[Kedah] BDB Climb Langkawi 2024 perkenal semula Darulaman Sanctuary

[Copy link]
Post time 29-6-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
BDB Climb Langkawi 2024 perkenal semula Darulaman Sanctuary

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

29 Jun 2024 04:08pm








Raja Shahreen (tengah) bergambar bersama-sama pemenang kategori Elite, Senior Elite dan juga International Elite BDB Langkawi Climb 2024. Foto Seksyen Komunikasi Korporat BDB




LANGKAWI – Lebih 400 orang peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam acara pertama siri BDB Challenge 2024 dianjurkan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB).

Kejohanan BDB Climb Langkawi 2024 itu kembali menemui penggemar aktiviti sukan lasak yang ingin mencabar kemampuan, kekuatan mental dan fizikal setelah kali terakhir diadakan pada 2017.



Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, kejohanan itu merupakan satu daripada inisiatif Kumpulan BDB untuk memperkenalkan semula Darulaman Sanctuary di Lubuk Semilang termasuklah Tangga Helang Seribu Kenangan di Gunung Raya.
"BDB Langkawi Climb 2024 ini bertujuan untuk mempromosikan kawasan Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi sebagai salah satu lokasi yang sesuai untuk diadakan kejohanan mahupun acara Sport Tourism di pulau peranginan ini dan secara tidak langsung menggalakkan industri pelancongan di Kedah amnya.
"Alhamdulillah, jumlah penyertaan pada kejohanan kali ini sangat memberangsangkan dengan penyertaan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Sebahagian peserta menyertai BDB Langkawi Climb 2024. Foto Seksyen Komunikasi Korporat BDB




Beliau berpandangan, sambutan terbabit akan menjadikan BDB Langkawi Climb sebagai salah satu acara utama dalam kalendar bagi peminat sukan dan aktiviti lasak.

Sebelum itu, pelepasan peserta kejohanan disempurnakan Raja Shahreen pada jam 7.30 pagi.


Pada kejohanan kali ini, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu lima kilometer (km) Elite (lelaki dan wanita), Senior Elite (lelaki dan wanita) International (lelaki dan wanita) serta lima km Fun Climb.


Peserta mendaki Tangga Helang Seribu Kenangan setinggi 4,287 anak tangga yang merupakan cabaran utama dalam kejohananan BDB Langkawi Climb 2024. Foto Seksyen Komunikasi Korporat BDB




Untuk rekod, BDB Langkawi Climb 2024 menyaksikan kesemua para peserta untuk mendaki 4,287 anak tangga sehingga ke puncak Gunung Raya yang sememangnya mencabar kekuatan fizikal dan mental.

Pemenang bagi kategori Elite lelaki dirangkul Ku Aliff Aiman Ku Zainol, manakala Krystal Khaw bagi kategori Elite wanita yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan trofi.

Bagi kategori Senior Elite lelaki dan wanita dimenangi Mahayuddin Mangsor dan Maryani Ismail yang memenangi hadiah wang tunai RM500 dan trofi.

Untuk kategori International lelaki dan wanita pula menyaksikan peserta dari Muhammad Sayat Jiyabul Houqe dari Amerika Syarikat dan Ida Latin dari Singapura merangkul kejuaraan dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan trofi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.733019 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list