CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16524|Reply: 0

[Pulau Pinang] Usah gusar pengumuman PM, kuota Bumiputera di matrikulasi dikekalkan - Fadhlina

[Copy link]
Post time 30-6-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Usah gusar pengumuman PM, kuota Bumiputera di matrikulasi dikekalkan - Fadhlina


Nur Izzati Mohamad[email protected]




FADHLINA pada sidang media selepas Program Fisioterapi bersama masyarakat setempat di Sungai Bakap Ampat. FOTO Danial Saad





Nibong Tebal: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung jaminan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas mendapat tempat di mana-mana matrikulasi seluruh negara diharap tidak menimbulkan sebarang kegusaran, terutama dalam soal kuota Bumiputera.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ini kerana kuota itu dikekalkan dan pada masa sama memberikan peluang pendidikan lebih luas kepada semua pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi tanpa mengira latar belakang dan kaum.

Oleh itu, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengambil tindakan selanjutnya berkenaan pengumuman itu.

"Jadi, inilah satu jaminan pendidikan yang diberikan oleh PM (Perdana Menteri) sendiri dan saya bersama Menteri KPT (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) akan bersama meneliti perkara ini.

"Kita akan susul tindak dengan pengumuman lain bagi menjamin pendidikan semua pihak tanpa kira latar belakang dan kaum. Kita harapkan dengan jaminan ini tiada kegusaran, terutama kuota (Bumiputera) dikekalkan," katanya ketika diminta mengulas berhubung pengumuman yang dibuat Perdana Menteri.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita ketika menghadiri Bengkel Fisioterapi bersama masyarakat setempat di Simpang Ampat, Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Hari ini, kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.



Disiarkan pada: Jun 30, 2024 @ 8:23pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048893 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list