CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10296|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: 'Sibuk macam mana pun kena undi'

[Copy link]
Post time 6-7-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: 'Sibuk macam mana pun kena undi'


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 6, 2024 @ 10:01am [email protected]





Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara. - Foto DANIAL SAAD





NIBONG TEBAL: Seorang pengawal kualiti sebuah kilang antara pengundi terawal tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri, di sini, bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Sungai Bakap di sini, hari ini.

Azizanindayati Supia, 44, berkata, dari Alma, Bukit Mertajam bangun seawal jam 5.30 pagi untuk mengurus keperluan keluarga sebelum tiba di sekolah tersebut pada jam 7.15 pagi dan selesai mengundi pada jam 8.10 pagi.

"Saya sebenarnya ada urusan kerja di Kuala Lumpur dan perlu berada di sana bersama suami pada jam 12 tengah hari.


Pengundi menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasek Mutiara hari ini. - Foto Bernama

"Sibuk macam mana pun kena undi sebab kita nak bagi calon yang kita pilih menang supaya dia boleh laksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharapkan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Warga emas, Sarifah Saari, 60, turut bersemangat mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu termasuk mengajak suami dan tiga anak mereka datang awal ke pusat pengundian pada jam 8 pagi.

"Lega apabila sudah selesaikan tanggungjawab, mak cik memang tak pernah ketinggalan turun mengundi dan ajak semua anak-anak keluar mengundi.

"Cuma ada dua lagi anak tak dapat balik kerana bekerja di Kuala Lumpur, sudah telefon tanya, tapi nampaknya setakat ini mereka tak dapat balik," katanya.



Orang ramai beratur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, hari ini. - Foto Bernama

Pengundi muda, Muhammad Zairi Hakimi Zairizam, 19, pula teruja mengundi buat pertama kali dan mengganggap tanggungjawab itu peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan.

"Malam tadi saya sudah fikir nak mengundi calon yang mana dan saya rasa ini kewajipan penting, tak boleh ambil mudah kerana peluang macam ini tidak datang banyak kali," kata pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal itu.

Bagi proses pengundian bermula 8 pagi hingga 6 petang hari ini, sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.825546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list