CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6703|Reply: 9

[Dunia] Istana Buckingham dibuka kepada umum selepas 175 tahun

[Copy link]
Post time 12-7-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2024 07:08 PM

Istana Buckingham dibuka kepada umum selepas 175 tahun

Oleh AGENSI - Julai 11, 2024 @ 6:51am
Bahagian timur Istana Buckingham di London, buat julung kali akan dibuka kepada umum minggu depan, selepas 175 tahun ia dibina dengan caj kemasukan £75 (RM380.97). - Foto ihsan The Guardians



LONDON: Bahagian timur Istana Buckingham di sini, buat julung kali akan dibuka kepada umum minggu depan, selepas 175 tahun struktur itu dibina.

Kawasan menempatkan balkoni pernah digunakan mendiang Ratu Victoria, Raja George V dan Ratu Elizabeth II itu akan dibuka kepada pengunjung secara terhad dengan caj bernilai £75 (RM380.97).

Bilik Lukisan Kuning akan menjadi tontonan umum buat kali pertama. - Foto Royal Collection Trust

Maklumat mengenai lawatan Istana Buckingham dan pembukaan bahagian timurnya pada musim panas boleh didapati di laman sesawang Royal Collection.
Pengunjung juga berpeluang meninjau bilik berkonsepkan cinoiseri di sebalik tirai di balkoni itu.

Sayap timur Istana Buckingham yang menempatkan balkoni ikonik, tempat keluarga Diraja Britain bergambar, kini dibuka untuk lawatan musim panas. - Foto REUTERS

Konsep cinoiseri menampilkan perabot, kertas dinding dan kain mempunyai corak gaya China, digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 di Perancis.
Ciri utama hiasan ini menggunakan elemen terdapat pada tembikar China, seperti lakuer yang berkilat.

Pemilihan konsep itu dibuat berdasarkan minat mendiang Raja George IV menghias Pavilion Diraja di Brighton dengan pelbagai objek seni seramik dan perabot unik.

Semua objek dan perabot terbabit kemudian dipindahkan ke Istana Buckingham oleh Ratu Victoria pada 1850, selepas baginda menjual tempat percutiannya untuk membina sayap timur istana bagi menampung pertambahan ahli keluarga diraja.

Juruukur karya seni raja, Caroline de Guitaut, berkata balkoni yang digunakan 'untuk berhubung dengan rakyat' itu diilhamkan oleh suami mendiang Victoria, Putera Albert.

Maklumat mengenai lawatan Istana Buckingham dan pembukaan bahagian timurnya pada musim panas boleh didapati di laman sesawang Royal Collection. - Foto AGENSI

Biarpun pengunjung tidak dibenarkan memasuki balkoni itu, namun mereka masih berpeluang melihat pemandangan menghadap memorial Victoria menerusi tirai yang sering digunakan kerabat diraja untuk mengintai perjalanan acara rasmi.
- AGENSI







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2024 11:02 AM | Show all posts
Mungkin perlu dipertimbangkan lagi oleh Malaysia unuk mengrimkan askar tentera diraja melayu malaysia untuk membantu menjaga ketertiban dan keamanan istana buckingham  itu lagi macam tahun 2008 lalu ... Hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:10 AM | Show all posts

Dengan dibukanya kembali Buckingham kepada umum .. maka untuk  mempopulerkan dan menaikan  kembali maruah nama Malaysia di mata dunia dan utamanya di mata negara bekas koloni UK .....PMX harus mempertimbangkan kembali untuk mengirimkan askar tentera diraja melayu malaysia untuk membanti UK mengawal isana buckingham seperti yang pernah dilakukan di tahun 2008 lalu ....Hehehehe




Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:42 AM | Show all posts
pi tgk sukan olimpik di paris
lps tu jln2 ke london masuk istana buckhingham

mmmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde duit dah ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 05:58 PM | Show all posts
kalau yang melawat masuk tu China....
sekejap je dia copy satu istana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2024 06:08 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-7-2024 05:58 PM
kalau yang melawat masuk tu China....
sekejap je dia copy satu istana.

"Konsep cinoiseri menampilkan perabot, kertas dinding dan kain mempunyai corak gaya China, digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 di Perancis."

Memang dah macam istana maharaja china pun. Tak tau siapa tiru siapa.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:38 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-7-2024 06:08 PM
"Konsep cinoiseri menampilkan perabot, kertas dinding dan kain mempunyai corak gaya China, digunak ...

Bagaimana dengan konsep istana empayar melaka yang terkenal terpaling megah pada masanya yang konon banyak ditiru sebagai model rujukan istana-istana lainnya di seluruh dunia ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Insha Allah..jom lah kita menabung sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
@FOTHER-MUCKER pergi tak nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.150430 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list