CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27076|Reply: 3

Pindaan akta lompat parti : "Sekarang kerajaan bersetuju nak tengok (pindaan) itu. Terpulanglah, tak ada masalah" - Azalina

[Copy link]
Post time 15-7-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau akta antilompat parti perlu dibincang dengan teliti dan dipersetujui secara dwipartisan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) tiada masalah dan bersedia mengusulkan pindaan terhadap akta itu, sepertimana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.


"Sekarang kerajaan bersetuju nak tengok (pindaan) itu. Terpulanglah, tak ada masalah... kalau Perdana Menteri arah saya dalam mesyuarat Kabinet untuk membawa nota dari segi dasar baharu pun tak ada masalah, saya bersedia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen, di sini hari ini.






Jumaat lalu, Anwar berkata kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam akta berkenaan.


Ia susulan pertikaian terhadap akta antilompat parti susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkait enam kerusi milik enam Ahli Parlimen BERSATU yang kehilangan keahlian dalam parti.


Pada 20 Jun lalu, BERSATU mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.


Notis dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.


Bagaimanapun, Johari pada 11 Julai menegaskan keputusan berhubung status enam bekas Ahli Parlimen BERSATU itu kekal, menyebabkan pihak pembangkang keluar Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati.


Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nmpk "agak selekeh"?
Makin nmpk template kakpeng.


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Selekehnya masuk dewan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 03:58 PM | Show all posts
ntah la...malas nk ckp apa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037533 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list