View: 36234|Reply: 10
|
“Ini kena pecahkan ke?” – Cikgu India terkedu murid tanya soalan jawi
[Copy link]
|
|
Seorang guru lelaki berbangsa India buntu apabila anak muridnya bertanyakan soalan jawi kepadanya.
Bagaimanapun, reaksi guru tersebut yang ibarat ‘takut-takut’ berjaya mencuit hati netizen dan mengundang tawa orang ramai.
Cuba korang tengok betapa ‘blur’nya guru berkenaan dalam video yang dimuat naik oleh @mrreyy ini.
Dalam ruangan komen, guru tersebut ternyata tidak berseorangan. Malah, seorang lagi wanita dengan nama qiqi turut berkongsi pengalaman yang seakan-akan serupa dengan guru lelaki berkenaan.
“Saya pun pernah kena lebih kurang macam ini. Dia boleh tanya “teacher can you translate this to english?” Lepas itu dia tunjukkan kertas dalam Bahasa Tamil,” kata qiqi.
Dalam pada itu, ada juga beberapa orang guru yang mengatakan itu soalan-soalan ‘lucu’ sebegitu merupakan sebahagian daripada kerjaya sebagai seorang guru. Hendak tak hendak, terpaksalah layan.
“Soalan jawi tapi ditanya mcm soalan matematik. Inilah nasib cikgu bila kena ganti kelas,” kata Alpha Zaki.
“Nampak tak jiwa budak-budak ini bersih suci, dia fikir semua cikgu sama,” kata fans.munn.
Sumber : TikTok/ Buzzkini |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bdk2 tya bahasa arab. Aku pun jawab smbil gelak2. Cikgu x smpt blaja bhs arab. Ustazah ckgu pindah skolah. Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ok.
Terhibur.
Bidio pendek, cekgu xover.
Paling penting xde adegan air mata, sebak lg sayu.
Budak² mmg innocent yach. |
|
|
|
|
|
|
|
Guna ja google translate cikguuuu ko hagak2 ja jawapan/maksud soalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai aman2 ask bahasa mandarin bangladesh vetnam tak pernah nya pandai, ai percaya blood of india spt bangla akan mahir berbahasa cina dan english lebih pantas kerana mereka senang menerima pembelajaran bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
terhibur iols |
|
|
|
|
|
|
|
mengekek baca komen2 kat video tu
adeh |
|
|
|
|
|
|
|
dia anggap cikgu pandai semua |
|
|
|
|
|
|
|
Student sekolah rendah pandang semua cikgu pandai..so dia boleh tanya macam macam kat cikgu tu...Dan dia harapkan jawapan |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa ke tu??
Tanya je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|