CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25134|Reply: 7

[Dunia] MH17: Datuk bawa beg galas cucu dengan tag penerbangan MAS

[Copy link]
Post time 19-7-2024 05:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-7-2024 01:16 PM


MH17: Datuk bawa beg galas cucu dengan tag penerbangan MAS

Oleh BERNAMA - Julai 18, 2024 @ 10:54am




Anton menunjukkan beg galas milik cucunya dengan perkataan REMCO. - Foto BERNAMA



VIJFHUIZEN: Seorang lelaki berusia 80 tahun, yang dilihat memegang beg galas berwarna biru dengan tag tertera nombor penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di sini, menceritakan nilai sentimental beg itu.

Anton Kotte yang membawa beg galas itu dengan perkataan 'REMCO', mendedahkan bahawa cucu lelakinya yang berusia enam tahun membawa beg galas itu untuk bercuti, ketika dia dalam perjalanan bersama ibu bapanya menaiki penerbangan MH17, pada 17 Julai 2014.

"Selepas setengah tahun pesawat itu terhempas, pihak berkuasa menghubungi saya dan bertanya jika saya mahu membawanya (beg galas) pulang. Saya kata saya mahukannya. Mereka bawa beg itu ke rumah saya. Mereka menunjukkan saya beg ini. Ini beg cucu saya paling kecil.

"Barangan miliknya seperti kereta permainan, pensil dan buku ada dalam beg itu. Tiada calar pada beg. Saya terima beg ini dalam keadaan baik. Ia tidak terbakar atau rosak akibat kemalangan. Ia satu keajaiban," katanya menambah beg galas itu adalah kenangan paling penting untuk beliau terhadap cucunya itu.

Sepuluh tahun lalu, warga Belanda itu pada ketika berusia 70 tahun kehilangan anaknya Oscar, menantunya Miranda dan cucu Remco Kotte pada tragedi MH17.

"Kini saya berusia 80 tahun dan saya masih hidup, dari 10 tahun lalu hingga hari ini, tetapi kehidupan saya bersama anak saya dirampas secara kejam. Ia bukan satu perasaan yang baik. Mereka tidak bersalah," katanya selepas upacara itu.

Terdahulu, lebih 1,500 ahli keluarga dan rakan mangsa dari seluruh dunia berkumpul pada upacara memperingati mangsa nahas itu yang ke-10 di Monumen Nasional MH17 di Taman Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban.
Turut hadir pada upacara itu ialah Raja Belanda Willem-Alexander.

Bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, lima wakil media Malaysia termasuk dari Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) dijemput untuk menyertai upacara peringatan itu, selama tiga hari, mulai 15 Julai.

Program termasuk siri acara dan lawatan tapak yang dirancangkan untuk memberikan pemahaman mendalam tentang usaha dan kerjasama berterusan antara Belanda dan Malaysia, selepas bencana MH17.

Pesawat malang jenis Boeing 777 itu ditembak jatuh sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol dan mengorbankan kesemua 283 penumpang serta 15 anak kapalnya.

Pada 17 November 2022, Mahkamah Daerah Hague menjatuhi hukuman penjara seumur hidup secara 'absentia' (tanpa kehadiran) ke atas dua bekas ejen perisik Russia Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta pemimpin pemisah Ukraine Leonid Kharchenko, selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan nahas MH17 dan membunuh kesemua 298 orang di dalamnya.
Seorang lagi warga Russia, Oleg Pulatov dibebaskan atas tuduhan sama.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru ku tahu yg Belanda masih ada raja
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Smpi skrg x paham apa motif tembak kapal terbang tu. Org awam je kot bkn pesawat tentera.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-7-2024 07:09 AM
Smpi skrg x paham apa motif tembak kapal terbang tu. Org awam je kot bkn pesawat tentera.

Ramai orang syak human error. Waktu tu permulaan konflik ukraine - russia. Salah satu side launch surface to air missile dan mengena MH17. Pada waktu tu juga tiada directive jelas mengenai airspace ukraine dan sebab tu MAS masih guna route sama. Skrg ni mmg tiada penerbangan awam yg pakai airspace tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 08:15 AM | Show all posts
otai_g replied at 19-7-2024 07:09 AM
Smpi skrg x paham apa motif tembak kapal terbang tu. Org awam je kot bkn pesawat tentera.

Mungkin ada kekeliruan mengidentifikasi flag MH17 saat itu ...  Bagi tentera yang menembak ... tampaknya mereka sulit membedakan flag Malaysia dengan  flag USA ... ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 19-7-2024 08:13 AM
Ramai orang syak human error. Waktu tu permulaan konflik ukraine - russia. Salah satu side launch  ...

Masa kejadian tu, ade flight lain tak guna airspace tu lagi?
Atau MH je yg guna?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 19-7-2024 08:24 AM
Masa kejadian tu, ade flight lain tak guna airspace tu lagi?
Atau MH je yg guna?

Kalau tak salah SAL..Singapore Airline di baru berlalu ja kawasan tu sblm MAS
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:31 AM | Show all posts
otai_g replied at 19-7-2024 07:09 AM
Smpi skrg x paham apa motif tembak kapal terbang tu. Org awam je kot bkn pesawat tentera.

Main bedal tembak sebab dia org ingat kapal terbang russia. Before that dah berapa kapal russia lalu dengan rupa yg similar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070756 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list