CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17124|Reply: 6

[Tempatan] Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment

[Copy link]
Post time 22-7-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
Julai 21, 2024 @ 8:37pm



Gambar hiasan. Antara mercu tanda baharu Kuala Lumpur, TRX.


KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia melonjak pada separuh kedua tahun ini.

Ia didorong oleh pemacu dalaman dan luaran susulan pertumbuhan teguh sebanyak lima peratus yang dicatatkan pada lima bulan pertama 2024.


Bank pelaburan itu berkata petunjuk utama kompositnya, RHB-LEI (MY) menunjukkan anggaran akhir ekonomi suku kedua Malaysia akan meningkat lebih lima peratus tahun ke tahun.

"Kami menjangkakan peningkatan selanjutnya dalam aktiviti perdagangan dan pembuatan pada separuh kedua 2024, ditambah dengan daya tahan berterusan dalam permintaan domestik daripada peningkatan perbelanjaan pengguna dan pelaburan," katanya dalam satu nota hari ini.


Oleh itu, RHB IB mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 4.6 peratus tahun ini, mengambil kira pertumbuhan kukuh lebih daripada jangkaan suku kedua sebanyak 5.8 peratus yang dikeluarkan hari ini.


Pandangan optimis bank pelaburan itu berpandukan perkembangan terkini data perdagangan dan pengeluaran perindustrian yang kukuh, ditambah dengan peningkatan keyakinan dalam negeri seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks Pengurus Pembelian pembuatan serta import kukuh bagi modal dan barangan perantaraan.

"Kami kekal optimis terhadap ekonomi global, disokong oleh prestasi ekonomi berdaya tahan ekonomi utama seperti Amerika Syarikat, China, dan ekonomi ASEAN terpilih.

"Peningkatan terkini dalam data frekuensi tinggi China, termasuk perdagangan dan jualan runcit, menunjukkan pemulihan ekonomi yang stabil," kata RHB IB.


– Bernama












­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:41 PM | Show all posts
tentunya @Solokk aka EJALTI buat2 lena khuezz??.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kesan formula tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Melonjak berbanding zaman najib atau zaman covid?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk report tu ada tak satu pun objective forecast yg ada faktor luaran faktor dalaman. Electronics dah crash minggu lepas. Nikkei dah over the top, same with taiwan n korea. Hk dah lama crash tak bngn2. Client aku exporting mnc dah sunyi sepi dari early july... cer citer sikit sector mana yg akan naik q3 onwards. Electronics bottom out in nov. So malsysia brace for impact!!! Obviously dia nak dispose kat kl ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2024 10:35 AM | Show all posts
Tak sia2 Jibun jadi banduan

Kahlahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036936 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list