CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51336|Reply: 9

[Politik] SG4: Muhyiddin disisihkan?

[Copy link]
Post time 6-9-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Ketiadaan kelibat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) yang berlangsung di Bangi, dekat sini, Isnin lalu, terus mencetuskan persoalan.


Lebih menghairankan, menurut Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, SG4 melantik bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Ketua Panel Penasihat.


Sedangkan, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu menambah, Pejuang tidak pernah menganggotai PN dan Dr. Mahathir kini juga tidak lagi mempunyai kekuatan politik.


“`Pelik bin ajaib’, perkara sebesar Sidang Kemuncak SG4 yang dianjurkan oleh 4 Negeri PN tidak menjemput YB TSMY (Muhyiddin) yang merupakan selaku Pengerusi PN.



“Nak tanya sikitlah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan ini adakah kerajaan Pas atau PN? Keliru dibuatnya? Tak berkecil hati ke pemimpin dan ahli-ahli Bersatu dan Gerakan,” katanya menerusi kenyataan.



Tambah Gulam Muszaffar, ketiadaan pada Sidang Kemuncak SG4 itu  memperlihatkan peranan dan fungsi Muhyiddin selaku Pengerusi PN seolah-olah semakin disisihkan sedikit demi sedikit.


Malah, beliau turut melahirkan rasa kasihan kerana menyifatkan SG4 seperti langsung tidak mempedulikan input dan cadangan yang sepatutnya boleh diberikan oleh Muhyiddin selaku bekas Perdana Menteri.


“Akhir kata, muhasabah dirilah YB TSMY (Muhyiddin), mungkin dalam masa terdekat dan tidak terkejut parti Bersatu bukan lagi diperlukan dan diharapkan oleh kepimpinan Pas kerana isu dan masalah yang sedang melanda parti Bersatu dewasa kini yang bakal meletuskan lahar apinya pada bila-bila masa,” katanya.


Dalam pada itu, Gulam Muszaffar mempersoalkan sepanjang UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara termasuk sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir tidak pernah mencadangkan model perniagaan seperti SG4.


“Siapa ingat isu kawalan royalti minyak Terengganu dijadikan wang ehsan dan tidak diagihkan secara telus. Yang ada pun zaman beliau cuma ada perjanjian antara negeri dalam menjalinkan kerjasama seperti pengurusan hasil bumi seperti air dan mineral,” katanya. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tua saka ni lps keluar umngok dah berapa parti dia ada? dia kalo xde sapa2 atau jentera yg kuat apa jugak idea mmg akn flop.kalo aku jadi mahiadin x rasa luak  apa2 pun ..aku rasa dia pun tau.sebaliknya kalo aku rakyat pata timur terutama ganu,perlis,kedah kalo yg ada otak akn risau
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:01 AM | Show all posts
eh bukan saka tua ni ke yg dulu sekat segala pembangunan,royalti kat negeri pata timo??

now dah hilang kuasa,dah nak mampus barulah acah2 prihatin nak buat pembangunan ye..walhal kelatan tu smpai skrg mundur sbb kena diskriminasi zmn ko jadi PM dulu


mujurlah zman Madani ni PMX tak berkira..ko negeri kjaan ke,pembangkang ke semua dapat pembangunan sama rata.


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha Harakatdaily (page troll) ckp Muyidin pegi toilet la ada kena cirit kot

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak comolot lettew.

Tapi tun memang calon favorite jadi ketua pembangkang kan? Dulu zaman PH jadi pembangkang pun sama. Sampai naik jadi PM sekali lagi sebelum dia lupa pada janji.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahcow dh kena karma dek atok. Next is bangnon. Just wait n see
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2024 08:17 AM | Show all posts
berani betol geng ni ambik saka... besok2 tengok je lah...habis gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 07:44 AM | Show all posts
bab majukan 4 negeri ini, I sokong sbb atas dasar melayu islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 09:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2024 07:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.177587 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list