CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27221|Reply: 8

Chong Wei kongsi kisah lucu dipanggil `Jason’ ketika beraksi di Olimpik

[Copy link]
Post time 27-7-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Pengalaman lucu yang dikongsi jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei ketika mewakili negara di pentas Olimpik menarik perhatian ramai.



Seperti yang diceritakan menerusi hantaran di Facebooknya, Chong Wei berkata, beliau terkedu apabila pakar psikologi yang dipanggil untuk mententeramkannya yang cemas sebelum turun ke gelanggang memanggilnya ‘Jason’.

Katanya, selepas ditegur namanya bukan Jason, pakar psikologi itu kemudian membalas dia mengetahui nama sebenar Chong Wei dan Jason adalah namanya sendiri.

“Coach nampak I gelisah, dia tahu yang I dah cemas. Dia pun call Team Malaysia punya psychologist atau motivator (tak sure role) mari bagi ketenangan.

“Mamat ni pun sampai kat aku. Terus dia pegang tangan aku nak bagi motivational speech

“Jason, jangan cemas. Ini kali pertama kau I tahu. Tapi Jason, teguhkan mental dan emosi. Jangan cemas”.

“Aku pandang coach. Coach pandang aku. Kita heran. Sejak bila nama I Jason. Aku pun tiao “Weh bro. Aku bukan Jason la.”

“Mamat tu balas “ I tau. Jason ialah nama saya. Saya pun cemas gak. Ini kali pertama saya jadi psychologist untuk acara begitu besar. So sebelum I motivate u, I motivate i sendiri dulu”.

“Terus gelak beruk aku dan coach…Terus hilang cemas aku.. Maybe itu la cara tersendiri psychologist ini,” katanya.

Chong Wei berkongsi kisah itu sebagai nasihat kepada para atlet negara yang kini sedang beraksi di pentas Olimpik 2024 di Paris supaya tidak berasa cemas  walaupun mengakui ia adalah mustahil

Menurut tiga kali pemenang pingat perak Olimpik itu, beliau sendiri menggeletar tangan kerana cemas semasa pertama kali turun  beraksi di Olimpik menentang pemain Hong Kong, Ng Wei.

Dalam pada itu, Chong Wei turut berpesan kepada para atlet negara supaya memberikan aksi yang terbaik di pentas Olimpik demi lencana di dada.

“Yang menyokong seperti saya, jangan putus berdoa dan menyokong agar skuad kebaangsaan dapat kembali dengan emas pertama negara. Jangan cemas! Malaysia boleh!” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..smooth je..kisah benar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
baca cite ni kat fb mgu lepas, kekek2 i gelak membayangkan muka blur chong wei. haha!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:25 AM | Show all posts
aku sll baca pasal ching wei ni..kadang wonder betul ke fb dia tu atau org guna nama dia je eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
LCW ni memang kelakar. Terms yang dia guna tu...lain dari yang lain tapi tak rasa pelik melainkan kelakar.

Ada 1 cerita yg LCW tulis masa panic buying zaman covid dulu bila orang dok borong tisu tandas...'banyaknya jubo'
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 11:19 AM | Show all posts
Tetap rasa lawak walaupun mcm pernah baca plot cerita yg lebih kurang mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 121193 Replies : 3405
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27247 Replies : 23
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21394 Replies : 42
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 3128 Replies : 6
Miss Universe Malaysia 2024
fadz84Miss Universe Malaysia 2024
Views : 49040 Replies : 167
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39628 Replies : 618
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97409 Replies : 5163
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 28772 Replies : 3
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
YgBenarCEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,ke
Views : 42775 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56084 Replies : 508

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.485643 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list