View: 21588|Reply: 9
|
"Aku tak caras 'job', tak hadap suami orang" - Nonny Nadirah
[Copy link]
|
|
BARU sahaja mengumumkan mahu kembali aktif dalam dunia hiburan, sudah ada pihak yang mula tidak senang duduk dengan kemunculan semula pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah.
Menerusi perkongsian dalam akaun media sosial Instagram, Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 35, mendedahkan ada pihak yang risau kehilangan tawaran.
“Belum mula apa-apa pun lagi. Yang satu dah takut ‘job’ kena caras. Yang satu lagi tak boleh tengok aku duduk dalam industri.
Jangan risau aku tak hadap pun nak masuk industri. Jangan risau ‘job’ anda semua tak akan kena caras. Jangan risau aku tak hadap laki (suami) anda semua,” tulisnya.
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu turut menafikan dakwaan dirinya terlibat dengan najis dadah.
Aku bersih. Aku tak ambil dadah. Kau nak kenakan aku lagi? Mari cuba sampai mati.
Tawakal aku hanya pada Allah,” tulisnya.
Nonny juga mengakui bengang dengan pihak yang tidak serik merosakkan nama baiknya.
Waktu pakai tudung, macam-macam anda buat. Bila buka tudung, tazkirah dosa sampai terlepas pandang pekung sendiri.
“Kau nak rosakkan nama aku lagi suka hati kau lah. Kau bukan tuhan,” tulisnya.
Terdahulu, semalam HibGlam melaporkan Nonny sudah bersedia untuk menerima tawaran menyanyi dan berlakon selepas tiga tahun menyepi.
Sumber : HIBGLAM
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam sewel2 pun kulit glowing tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Take note Tiyah Latip. Tapi barangkali DNA tu buat susah hilang eyebag kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
video iv tu nampak mata dia mcm penat ada sedih ada
entahlah ni kang masuk industri balik bertambah2 "mental" pulak
hrp yg baik2 je la kaka noni oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bila speak out org kata sewel...bila diam lagi mkn dlm..
Go go go noni.Express your sadness ..let it go |
|
|
|
|
|
|
|
cantik, pelik x ada org kaya ke nak buat dia bini?
Jadi trophy wife pun boleh. Bawak majlis x malu.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: Dalam sewel2 pun kulit glowing tau.
knnn.. skin dia mmg cantik..putih bersih jer..xyh make up pn cantik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudahnya terngiang-ngiang lagu dia nyanyi tu.
Jangan pikirin abang. Hahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
nape xde laki nak ek...semua forumers puji je |
|
|
|
|
|
|
| |
|