CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10431|Reply: 50

Aeril Zafrel Tidak Akan Hantar Anak Ke Asrama Kerana Isu Buli - “Saya Sanggup Bangun 6.30 Pagi Sebab Nak Ada Momen Hantar Anak Pergi Sekolah"

[Copy link]
Post time 31-7-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode






Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, yang juga dikenali sebagai Suhairil Sunari, 36, meluahkan kebimbangannya mengenai isu buli yang semakin serius dalam kalangan pelajar.


Kebimbangan ini menjadi salah satu faktor utama mengapa beliau tidak merancang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah berasrama.


Aeril menjelaskan bahawa bukan sahaja kes buli yang menjadi kebimbangannya, tetapi juga keinginannya untuk tidak berjauhan dengan anak-anaknya dan mahu melihat mereka membesar di depan matanya sendiri.


“Dari sisi pandangan saya, masuk sekolah berasrama ini ada bagusnya juga untuk anak-anak supaya mereka lebih fokus belajar dan berdikari. Tapi macam saya nak lebihkan masa saya dengan mereka sebab saya nak tengok mereka membesar depan mata saya sendiri,” kata Aeril.


Pelakon filem Buas ini menegaskan bahawa isu buli bukan sahaja berlaku di sekolah berasrama, malah di sekolah biasa juga boleh berlaku.


Oleh itu, beliau berpendapat peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam mengingatkan anak-anak agar tidak terlibat dalam gejala buli dan memahami bahawa setiap perbuatan ada balasannya.


Aeril turut menyatakan kesanggupannya untuk bangun awal pagi dan menghantar anak-anaknya ke sekolah, walaupun sebenarnya mampu mengupah pemandu untuk melakukan tugas tersebut.


Baginya, momen-momen kecil seperti ini sangat berharga dan tidak mahu terlepas peluang untuk mengalaminya bersama anak-anaknya.


“Saya sanggup bangun 6.30 pagi sebab nak ada momen hantar anak pergi sekolah. Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja upah sesiapa, tetapi pada saya itu sahaja momen dengan mereka yang saya mampu buat. Kalau mereka sudah dewasa tak dapat rasa semua itu, momen itu yang saya enggan terlepas,” ujarnya.






Aeril dan isterinya, Wawa Zainal, mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.


Aeril Zafrel tidak hanya mementingkan kerjaya dan perniagaan, tetapi juga amat mengambil berat tentang kesejahteraan dan keselamatan anak-anaknya, mencerminkan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi dalam kehidupan sehariannya.










Sumber : Murai.my








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 09:48 AM | Show all posts
Orang lain 6.30 tu dah siap keluar rumah dah Suhairil oi. Chuols 6.30 baru nak bangun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:01 AM | Show all posts
Edited by jelitayu at 31-7-2024 10:15 AM

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, yang juga dikenali sebagai Suhairil Sunari'

Suhairil dulu laaa baru dikenali sebagai Aeril....sapa yg menulis berita ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
6.30 tu awal beno ke..kalau tak ko bangun pukul brp...adoiii la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Org pukul 6pg dh kluar dh ????
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
comelnye ank2 depa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jelitayu replied at 31-7-2024 10:01 AM
Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, yang juga dikenali sebagai Suhairil Sunari'

Suhairil d ...

wartawan kelas blkg la ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:16 AM | Show all posts
sanggup bgn 6.30 pagi? sblm2 ni ko bgn kul brp? kul 12 tghr ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 10:17 AM | Show all posts
jelitayu replied at 31-7-2024 02:01 AM
Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, yang juga dikenali sebagai Suhairil Sunari'

Suhairil d ...

hahahaha.. aku terkaku td baca ni. aku x pernah kenal suhairil tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:19 AM | Show all posts
cHOII PUKUL 6.30 baru nak bangkit tidor apoo la kamu Suhairil.
Meollls bangun pkl 5.00 pagi gosok baju buat bfast anak, pastu tunggu solat subuh pastu terus berdesup anto anak sekolah ..apooo la.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:20 AM | Show all posts
Jadah 6.30 br bgn.
Nk moment konon
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
6.30am tu lambat dah bangun tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia salah cakap ke or reputs salah tulis? Sanggup bangun 630pagi ke keluar rumah 630pagi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
6:30 bangun? Bini tak kejut awal lagi ke?
Susah jugak nak percaya…
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 31-7-2024 10:16 AM
sanggup bgn 6.30 pagi? sblm2 ni ko bgn kul brp? kul 12 tghr ke?

Haha

Mungkin sekolah anak dekat kawasan umah aje so tak perlu nak kelam kabut bangun awai. Bangun 6.30am masih sempat untuk buat subuh lagi. Lagipun orang lelaki kejap aje besiapnya. Tak macam mak2 ni. Memang kena standby bangun awal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:44 AM | Show all posts
bengap betul bapak camni. 6.30am baru nak bangun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 10:47 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 31-7-2024 02:36 AM
Haha

Mungkin sekolah anak dekat kawasan umah aje so tak perlu nak kelam kabut bangun awai. B ...

bila dia guna perkataan "sanggup" tu.. aku mcm.. apa yang dia nak bagitau sbnrnya..?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:13 AM | Show all posts
orang keje KL pukul 5 dah atas jalan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:15 AM | Show all posts
Bukan mmg kn bangun awal ke solat subuh????
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia pandai ke biasa biasa je nak masuk ke SBP or so on?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.570619 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list