CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 35566|Reply: 27

“Mana Menteri Sukan? Hannah Yeoh” – Netizen Kesal Goh Jin Wei Diabaikan, Pergi Olimpik Paris Seorang Diri Tanpa ‘Coach’

[Copy link]
Post time 31-7-2024 06:16 PM | Show all posts |Read mode






Difahamkan, pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei bertarung di Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatih.


Biarpun tidak mempunyai jurulatih disisi, pemain perseorangan wanita berusia 24 tahun itu tetap meneruskan perjuangannya di Sukan Olimpik 2024.


"Saya seorang saja atlet yang tak ada coach for Olimpik Paris 2024."


Susulan video temubual Goh Jin Wei dengan wartawan tular di TikTok, ramai meluahkan rasa simpati terhadap pemain tersebut dan memberi sokongan kepadannya untuk kekal semangat bermain di gelanggang badminton.


Dalam pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan Menteri Sukan, Hannah Yeoh yang membiarkan pemain tersebut pergi bertarung di Olimpik seorang diri tanpa ada jurulatih.










Sumber : Beautifulnara






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
terlebih official kah? so coach digugurkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
GJW ni dah laaaamaaaa kot kluaq BAM..awai sikit dari LZJ. GJW dah jadi proplayer tp xtau under sapa. Aii xsure diacada sponsorship @ tak sebab lepas dia buang usus ( xtau usus besaq@kecik) dia dah tak fit mcm dulu. Zaman kegemilangan GJW ni 2015-2018 jaa..lepas operation mmg dia struggle nak fight dgn top2 players sbb tak fit.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 07:43 PM | Show all posts
Eh struggle kot dia lawan Korea tadi, dengan ankle yang macam cedera. Lagi sedih takde coach, tumpang coach player lain.



Hannah Yeoh, kot ye pun olimpik ni under Majlis Olimpik Malaysia, takkan sebagai menteri langsung tak ambik tahu pape dah. Eh pelik2 i dengan menteri sorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah. Dia kianat bangsa dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
… she played well today, fight jugak, tapi no luck la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahso ni tgh bz nak cover laki dia punya sakau la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni klu zmn pm2 dulu si hannah ni yg kuar jd hero.. Time dia senyap sunyi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kakpeng versi amoi.


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
You go girl..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sakit penat dia tetap lawan.. tgk coach korea elok je siap letak ais bag kat bahu..while jin wei harap coach org lain..kuat semangat dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:41 PM | Show all posts
petik la sekali si timbalan kaki guling2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah utk dia berlawan habis habisan tadi
adriana atlet muda memanah pun tadi bagus wkaaupun kalah . berdebar tgk dia lawan itali tadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 07:55 AM | Show all posts
timb menteri yang kaki reformasi kaki piket kaki golek2 kat jalan tu pun diam tak berkutik, langsung x muncul sepanjang pelancaran ke, pelepasan atlit ke... tengah kenyang makan duit tender kat melake la tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:08 AM | Show all posts
sian dia no coach
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape da…ade ke negara laen anto player x de coach? Malu je. Player negara terkontang kanting sdiri2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kj dan syed saddiq mcm menyerlah jugak la portfolio menteri sukan ni. Bila dpt ke hannah yeoh mcm sendu je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:36 AM | Show all posts
salute walau kalah tapi dia betul2 fight sampai ke hujung. muka dia muram je sepanjang masa. harapkan dorongan & nasihat dari coach orang lain. tu belum lagi menumpang berlatih dengan negara lain, vietnam. walau pergi dengan 1 tujuan & bawah nama negara yang sama tapi dia sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:51 AM | Show all posts
mcmn yg sheol boleh ke sorey2 ni

story2...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:55 AM | Show all posts
Silap saya sendiri - Jin Wei
Oleh Helmi Talkah - Julai 31, 2024 @ 5:06pm
[email protected]


Goh Jin Wei kecewa selepas tewas kepada Kim Ga Eun pada aksi terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto AFP


KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mengalirkan air mata sambil memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas perjuangannya di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir, hari ini.

Bekas juara remaja dunia itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun dalam aksi terakhir Kumpulan H sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir.

Pada aksi di Porte de La Chapelle Arena itu, Jin Wei tewas dalam pertarungan tiga set 21-17, 20-22, 21-23 dalam tempoh 65 minit.


Aksi penuh mendebarkan kedua-dua pemain itu menyaksikan Jin Wei berpeluang untuk keluar selaku pemenang apabila hanya dipisahkan satu mata untuk menamatkan permainan apabila mendahului 20-18 di set ketiga.

Bagaimanapun, Ga Eun lebih bijak mengawal tekanan apabila bangkit sehingga berjaya mengikat keputusan 21-21 sebelum mencatat kemenangan 23-21.

Jin Wei berkata dia tidak mahu memberi sebarang alasan apabila menyifatkan kekalahan itu adalah berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

"Memang ada peluang tetapi saya tidak dapat menyudahkannya. Ga Eun mengawal tekanan dengan lebih baik dalam perlawanan hari ini.

"Saya tidak mahu beri sebarang alasan kerana apa yang berlaku disebabkan kesilapan saya sendiri. Saya akan lihat semula rakaman perlawanan hari ini dan tengok apa lagi yang kurang untuk saya perbaiki," kata Jin Wei.


Aksi pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun ketika menentang Goh Jin Wei. - Foto AFP

Di sebalik kekalahan yang memeritkan itu, Jin Wei yang menghuni ranking ke-32 dunia, berkata ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain badminton.

"Saya akan terus berjuang, saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya dalam hidup ini. Saya akan perbaiki kelemahan untuk menghadapi cabaran seterusnya tetapi buat sementara saya mahu berehat dulu," kata bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik Belia itu.

Meskipun gagal ke pusingan kalah mati, pencapaian layak beraksi di Olimpik Paris kali ini satu pencapaian membanggakan buat Jin Wei mengambil kira pelbagai kisah suka duka dialami pemain itu dalam kerjayanya.

Jin Wei yang suatu ketika dianggap sebagai permata berharga badminton negara pernah mengumumkan persaraan pada September 2021 selepas terpaksa menjalani pembedahan membuang usus perutnya.


Pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun (kiri) menewaskan Jin Wei dalam pertarungan tiga set 21-17, 20-22, 21-23. - Foto AFP


Bagaimanapun, dia keluar daripada persaraannya lima bulan kemudian dan bergelar pemain profesional.

Pada Olimpik kali ini, dia juga berdepan cabaran apabila tidak dapat ditemani jurulatihnya, Nova Armada berikutan kuota kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Dia dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik pemain perseorangan wanita negara di Sukan Olimpik adalah menerusi Datin Wong Mew Choo yang mara ke suku akhir edisi Beijing 2008.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.065382 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list