View: 35816|Reply: 8
|
Cliff Umar didenda RM5,500 kerana miliki, ambil dadah
[Copy link]
|
|
Juara sebuah rancangan realiti nyanyian Abdullah Umar Joseph atau dikenali Cliff Umar, didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri pada Mei.
Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani tambahan penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Cliff Umar, 42, juga dikenakan tempoh pengawasan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylymorphine seberat 0.9 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya kira-kira jam 3.30 petang pada 26 Mei.
Pendakwaan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Dia juga dituduh dengan sengaja memberikan diri sendiri dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (thc) di tandas Balai Polis USJ8 di Subang Jaya, kira-kira jam enam petang pada tarikh sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan perlu menjalani pengawasan antara dua hingga tiga tahun.
Peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon hukuman denda minimum, susulan anak guamnya menanggung isteri dan empat orang anak.
“Anak guam saya juga mempunyai masalah kewangan dan tiada pendapatan tetap dengan hanya bergantung kepada kerjayanya sebagai pemuzik,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon hukuman berbentuk pencegahan ekoran kekerapan kes dan melibatkan kepentingan awam.
Sumber : Bernama
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Dia amik dadah kt dalam tandas balai? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak, urine sample dia yg positive tu dapat dalam toilet balai. Jadi disitulah dikira lokasi kejadiannya since tak boleh pinpoint lokasi mana dia masukkan dadah dalam badan
|
|
|
|
|
|
|
|
beli dadih boleh, bila kena byr denda, dan2 ada masalah kewangan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dia menang GV dapat berapa ribu? |
|
|
|
|
|
|
|
yg saya faham dari artikel
hukuman kalau salah = penjara DAN denda
salah miliki
salah masukkan dadah
kenapa denda sahaja ? |
|
|
|
|
|
|
|
Alangkah bagus kalau polis tangkap taikun2 dadah dan kumpulan2 gangster berbanding tangkap penagih dadah atau bilis kecil. Jenayah2 di kl dan bandar2 besar lain ni dah jadi macam filem hongkong lakonan andy lau. |
|
|
|
|
|
|
|
wajah heols mmg sesuai dgn aura penagih dadah..hadoi |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk muka tau suka amik barang gitu ati kelam iols |
|
|
|
|
|
|
| |
|