CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14062|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Farah Diana tak hilang, ada di rumah kenalan lelaki di Kelantan

[Copy link]
Post time 1-8-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode




SEREMBAN: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Taman College Heights, awal pagi semalam dilaporkan selamat di Kelantan.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata keluarga pelajar Tingkatan Lima itu sudah dimaklumkan dan diminta menjemputnya.


"Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemui hari ini di Khamis di Kubang Kerian, Kelantan.


"Mangsa ditemui dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalan lelakinya dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.


"Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar jam 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada jam 07.10 pagi," katanya.


Media sebelum ini melaporkan seorang wanita terkejut apabila mendapati anak perempuannya tiada dalam bilik ketika mahu mengejutkan remaja itu di kediaman mereka.


Remaja perempuan Tingkatan Lima, Nur Farah Diana Mohd Erwadi, 17, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya tengah malam kelmarin sebelum ketiadaannya disedari ibunya kira-kira jam 7 pagi semalam.


Ibunya, Nor Akmar Hariri, 43 dilaporkan berkata, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah itu menghilangkan diri bersama telefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.


Tammat
CAPTION: SEREMBAN 1 OGOS 2024. Remaja perempuan tingkatan lima, Nur Farah Diana Mohd Erwadi, 17, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya tengah malam kelmarin sebelum ketiadaannya disedari ibunya kira-kira jam 7 pagi semalam. FOTO IHSAN PEMBACA.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 03:04 PM | Show all posts
hmmm dah agak dah.. jate kelate gak mu pilih..

menghilangkan diri bersama telefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.


lari umah pun, yg penting mekap on point sistur!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.242791 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list