CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13794|Reply: 0

[Johor] JPJ terima peruntukan tambahan RM2.5 juta biayai elaun kerja lebih masa

[Copy link]
Post time 1-8-2024 02:57 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menandatangani plak perasmian bangunan baharu JPJ Muar hari ini.

MUAR: Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM2.5 juta untuk membiayai elaun kerja tambahan masa kepada lebih 2,000 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke, berkata elaun khas itu akan diberikan kepada anggota penguat kuasa yang bertugas di luar waktu kerja, termasuk ketika operasi bersepadu bersama agensi kerajaan yang lain.

"Kita sering mendengar keluhan pegawai dan anggota JPJ, apabila menyebut pelbagai operasi bersepadu ataupun penguatkuasaan, elaun tambahan masa yang ada amat terhad atau berhadapan kekangan.

"Jadi, baru-baru ini, ketua setiausaha kementerian memaklumkan kepada saya dan susulan perbincangan, saya pun bersetuju MOT memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan. Peruntukan tambahan ini sudah diluluskan dan pelaksanaannya akan dibuat dalam tempoh terdekat.

"Ini penting untuk memastikan kelancaran tugas anggota JPJ yang mana kadang-kala mereka bertugas tanpa elaun tambahan lebih-lebih bertugas di luar waktu pejabat. Kita minta mereka berkorban masa dan sebagai pekerja, mereka layak untuk dapat elaun tambahan ini.

"Jadi ini akan kita tambah baik, kita lihat pada faktor kebajikan anggota-anggota supaya apa sahaja operasi yang dirancang tidak terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baru JPJ cawangan Muar yang turut dihadiri, Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Sementara itu, berkenaan bangunan baru JPJ Muar, Loke berkata, ia dibina dibuat selepas bangunan lama terbakar pada 2009.

Loke berkata, bangunan lama berusia 30 tahun terbakar disebabkan litar pintas yang memusnahkan hampir keseluruhannya.

Beliau berkata, projek ini diklasifikasikan 'projek sakit' kerana mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

"Projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula pada 2015 dengan keseluruhan kos RM19 juta namun hanya beroperasi sepenuhnya 24 September tahun lalu atas sebab beberapa faktor.

"Bangunan baru berkeluasan 3.02 ekar ini mampu mewujudkan kemudahan dan persekitaran lebih selesa serta kondusif kepada seluruh komuniti.

Untuk rekod, JPJ Muar ni menerima purata pelanggan tahunan sekitar 85,000 atau 850 orang sehari selain menjadi antara cawangan terbanyak menyumbang hasil tahunan berjumlah RM51 juta.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047249 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list