CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18432|Reply: 5

30 tahun tidak tidur

[Copy link]
Post time 5-8-2024 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by intan_smsb at 5-8-2024 12:42 PM



Hanoi: Seorang tukang jahit di Vietnam mendakwa, dia tidak pernah tidur selama tiga dekad.
Nguyen Ngoc My Kim, 49, mendapat gelaran tukang jahit yang tidak pernah tidur di wilayah asalnya di Long An, barat daya Ho Chi Minh City serta rutin luar biasanya itu menarik orang ramai datang melihatnya menjahit tanpa tidur.

Kim mengakui, kesihatannya tidak terjejas sama sekali walaupun berjaga 24 jam sehari.
Katanya, ketahanan luar biasanya itu bukan datang dari kuasa besar atau bekalan kopi Vietnam.
"Saya hanya melatih diri saya untuk menghilangkan keperluan tidur sepenuhnya.

"Rutin berjaga ini bermula sejak saya kecil dengan membaca buku dan komik dan apabila saya dewasa, saya mula berjaga sepanjang malam untuk menjahit bagi memenuhi tempahan pelanggan," katanya seperti dilaporkan The Sun.

Kim berkata, dia mengusahakan kedai jahitan pakaiannya sendiri sejak 1994, namun mengakui kekurangan tidur menyebabkannya pernah kemalangan.
"Kekurangan tidur pada mulanya menyebabkan saya pening sehingga saya terjatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjahit serta melakukan banyak kesilapan selain pernah kemalangan jalan raya.

"Tetapi selepas berjaga selama beberapa bulan atau bertahun-tahun, mata dan badan saya terbiasa tidak tidur. Sejak itu, saya tidak boleh tidur lagi," katanya kepada Vietnam Net.

Katanya, kini dia berjaga dan tidak tidur selama tiga dekad.
"Saya tidak faham kenapa orang begitu terkejut dengan rutin saya.
"Saya tidak tidur selama 30 tahun, tetapi kesihatan saya masih normal, otak saya berjaga-jaga, mata saya cerah, walaupun sedikit kuning.
"Saya tidak melihat kekurangan tidur saya sebagai luar biasa atau pelik," katanya.

sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajaib..saya tak boleh tidur 2 hari pun dah rasa sakit
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Coklatpanas replied at 21-9-2024 09:57 PM
Ajaib..saya tak boleh tidur 2 hari pun dah rasa sakit

Mkcik ni nipu ke ekk.. pernah tgk dokumentari seminguu tak tido pun sbbkn jd mental
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jikookie at 22-9-2024 10:49 AM

Macam pelawok je. Bukan org yg tak tidur berhari2 blh berhalusinasi sampai meracau racau ke? Inikan plk sampai 3 dekad tak tidurnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
49 tapi nampak mcm 69 tahun, tu la sape soh tak tido
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tidur kot, tapi tak sedar. Macam micro sleep tu. Tidur tanpa sengaja, tersedar je masih menjahit. Tu yang dia ingat dia tak tidur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045464 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list