View: 20517|Reply: 21
|
[Jenayah]
Sangat Teruk Dan Terlalu Panas, Terpaksa Tidur Kat Luar Atas Rumput!
[Copy link]
|
|
Atlet renang Itali yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Thomas Ceccon mengejutkan peminat sukan dunia apabila dilihat tidur di kawasan taman.
Tidur di taman berlantaikan rumput sambil menyedut udara segar, barangkali lebih selesa berbanding tidur di atas katil. Mungkin itu punca Thomas Ceccon memilih untuk tidur di luar berbanding biliknya di Perkampungan Sukan Olimpik.
Beliau juga mengadu tentang keadaan di Perkampungan Sukan Olimpik sangat teruk dan terlalu panas. Ceccon turut menyifatkan ia punca dia gagal melayakkan diri ke final 200m kuak lentang pada hari Rabu lalu.
Bintang Itali itu bergelut untuk tidur dengan selesa di perkampungan sukan selepas letih beraksi dalam acara 100m kuak lentang .
“Tiada penghawa dingin di sana, panas, makanannya teruk.
“Ramai atlet meninggalkan perkampungan sukan atas sebab ini: ia bukan alibi atau alasan, ia adalah realiti yang mungkin tidak semua orang tahu.
“Saya kecewa kerana saya tidak layak ke final tetapi saya terlalu letih. Sukar untuk tidur pada waktu malam dan petang.
“Biasanya, apabila saya di rumah, saya selalu tidur pada waktu petang: di sini saya benar-benar bergelut antara panas dan bunyi bising,” kata Ceccon selepas aksi mengecewakannya dalam saringan 200m.
Atlet dayung Arab Saudi, Husein Alireza menyiarkan video di Instagram yang menunjukkan Ceccon tidur siang dengan tuala putih di ‘Perkampungan Atlet Olimpik’.
Ceccon bukan satu-satunya atlet yang mengadu tentang Perkampungan Sukan, dengan bintang tenis, Coco Gauff mendedahkan salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah kerana kawasan yang ‘sempit’.
Perenang Australia Ariarne Titmus pula berkata: ‘Mungkin bukan masa yang saya fikir saya mampu, tetapi tinggal di Kampung Sukan menyukarkan untuk beraksi.
Terdapat juga atlet memilih untuk menginap di hotel dan menyewa kapal mewah untuk keselesaan diri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlit europe sendiri pun x tahan panas kat bilik perkampungan olimpik.
|
|
|
|
|
|
|
|
siang sana lbh kurang 15 jam
suhu plg tgi 29 darjah
atas 25 klu di luar agak pns actually
mcm cameron waktu tghri
btw kl bila siang lbh kurang 13 jam sehari
|
|
|
|
|
|
|
|
panas sebab takde ventilation kot. stuffy... |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal aku tengok macam kat Wangsa Maju atau Kota Damansara...? |
|
|
|
|
|
|
|
ni mamat yg ensem tu kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
wowww
|
|
|
|
|
|
|
|
Hampa tak mai dok malaysia lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk issue betul olimpik kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Haa bagus bagus, elok la panas takde la kau semua dok buat maksiat berzina kat sana hari2 hahahah. Bagus juga perancis ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 5-8-2024 09:10 PM
Haa bagus bagus, elok la panas takde la kau semua dok buat maksiat berzina kat sana hari2 hahahah. B ...
lorrr sesama non muslim berzina apa nyeh???
org skrg berckp pasal keselesaan atlet2 kat sana, dah nak bersukan lagu mana kalau tak selesa/letih sbbkan cuaca. |
|
|
|
|
|
|
|
paris tu kalo pegi hotel deme mmg sekangkang kera je Duduk airbnb apartment baru selesa skit |
|
|
|
|
|
|
|
DidiAndFren replied at 5-8-2024 04:45 PM
Macam tarabas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua yang indah indah.
Minus aircond n kondom.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 5-8-2024 09:10 PM
Haa bagus bagus, elok la panas takde la kau semua dok buat maksiat berzina kat sana hari2 hahahah. B ...
terpaling masuk syurga tanpa hisab |
|
|
|
|
|
|
|
diorang cakap kat europe sana memang tak guna aircond, yeke? kalau kat hotel ada disediakan tak chuols?
pastu bila diorang datang mesia baru panas sikit dah menggelupor..hello?? tau pulak kau komplen iya |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah contoh dosa yang dinormalisasikan. Sesama non-Muslim pun kalau belum kawen masih lagi di anggap berzina. Cumanya zina itu telah dinormalisasikan oleh mereka sampai orang macam kau boleh anggap zina tu bukan untuk non-Muslim.
Orang Islam ni masih berpegang pada hukum agama. Even ada Muslim y berkedudukan & berzina, masih ada rasa segan untuk flaunt the lifestyle.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|