View: 422242|Reply: 6506
|
"Isu Ini Berpunca Daripada Tak ‘Like’ Dan Tak Komen,” - Didakwa Bagi Alasan Sibuk, Fattah Amin Bertegas Rumah Tangga Tiada Masalah
[Copy link]
|
|
Nampaknya isu khabar angin Pelakon terkenal, Fattah Amin dan isteri, Nur Fazura berdepan masalah rumah tangga masih lagi belum reda.
Memetik Murai.my, Fattah menegaskan bahawa rumah tangganya dengan isteri tidak berdepan sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.
Menurut Fattah, isu dan khabar angin yang tidak benar ini mungkin timbul apabila dia jarang meninggalkan komen dan ‘like’ di hantaran-hantaran Fazura di Instagram.
“Kami memang tak ada apa-apa isu sebab masing-masing pun sibuk kan. Kami okay sahaja. Saya rasa, isu ini berpunca daripada tak ‘like’ dan tak komen,” jelas Fattah. “Itulah, kadang-kadang bila dah sibuk dengan urusan kerja, takkan setiap hantaran itu kita nak ‘like’ dan komen. Kalau ada masa memang saya ‘like’.”
Fattah juga memahami bahawa persoalan ini timbul kerana peminat mengambil berat terhadap hubungan mereka.
“Kami faham sebab peminat mengambil berat. Terima kasih kepada semua yang ambil berat dan bertanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura memaklumkan bahawa dia memilih untuk mengehadkan hantaran berkaitan keluarga dan kebahagiaan di media sosial kerana terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin. Keputusan ini diambil sebagai tanda keprihatinan terhadap situasi yang berlaku di sana.
Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat dan media sejak mereka mendirikan rumah tangga.
Fattah dan Fazura yang dikurniakan seorang cahaya mata, sering kali menunjukkan kemesraan mereka di media sosial, namun kebelakangan ini lebih memilih untuk menjaga privasi keluarga mereka.
Peminat mereka tetap berharap dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini, dan berita penjelasan Fattah pastinya memberi kelegaan kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan ini.
Dengan kenyataan ini, Fattah berharap agar spekulasi dan khabar angin yang tidak berasas dapat dihentikan dan mereka dapat terus menjalani kehidupan berkeluarga dengan tenang dan bahagia.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Sumber : Murai.my
Badan Sexy Dgn Fat Freezing, Capai Badan Idaman Anda!
WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/services/weight-management-body-contouring/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 wartawan ni..artis tu dah kata tak de masalah lagi depa tanya lagi depa up berita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adududu..ape motif dok korek cite depa ni..dah depa bertubi2 nafikan takde pape takde pape lah..wartawan pun dok push sampai nak depa jawab ikut skema jawapan wartawan ke baru puas hati..[em:11:] |
|
|
|
|
|
|
|
Susah jadi couple terpaling gorgeous ni ...sebenarnye fans and haters sama2 suka nak tgk gambar2 diaorang..rasa tak best asik kena recycle jer kalau nak tengok. Tapi kena faham diaorang pun both busy dgn mcm2 project.
Tapi kelakar. yang berbungkus dan terpaling penunggang agama tu lah yg sebok selfie walaupun nampak mata jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis2 menyibuk dengan rumahtangga retis.
Berbalik pada diri sendiri baru padan muka wartawan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kiri kanan wartawan tanya. Lepas ni gi tanya patimah plak mommy daddy ok ke? Mgkin diaorng pun risau terkena ain sbb tu malas nk pos sweet muit dh. |
|
|
|
|
|
|
|
la ni drama FA Lelaki Melayu Terakhir tgh tayang kt TV3. rengsek nk tengok sbb ada Heliza & adik dia berlakon. Over na Heliza ni berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
iols ulang lagi sekali komen ni
isu nya kau sebagai suami dan ketua keluarga lembik..orang buli bini dengan anak pon diam membisu tak berkutik langsung..wanita mana yang boleh bertahan je kalau ada suami pon tak boleh nak bergantung harap |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suspect ni benak2 yg suka masuk live PZ tanya pasal fattzura or lebih dekat, is jennie
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Geeayden at 8-8-2024 02:26 PM
KakZianaZain replied at 8-8-2024 02:19 PM
Aku suspect ni benak2 yg suka masuk live PZ tanya pasal fattzura or lebih dekat, is jennie
Bukan live tapi soalan kat igs zaileen |
|
|
|
|
|
|
|
zeileeen ni sapa ..org penting ke dlm circle fattzura |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la semudah tu nk lepaskan.
Ramai kan nk kaka faz.. last2 berjodoh dgn dia
Doakan je kekal bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
1st i rasa xnmpk komen ni dlm isu rumah tgga retis “klau xde angin xkn pokok bergoyang” “biasanya apa yg dispeku dlm porem mesti betul” both komen ni i selalu sgt nampak dkt pasangan retis lain kalau ada kes mcm ni
Btw i rasa patah busy shooting utk drama pkul 7 tv3 |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada ko nak tengok gamba retis,baik la ko tengok maka ayah sendiri.dapat jugak pahala,boleh jugak topup utk masuk syurga nanti.
Giteww |
|
|
|
|
|
|
|
habisnamadahni replied at 8-8-2024 02:26 PM
zeileeen ni sapa ..org penting ke dlm circle fattzura
Eww sape ni?mcm Sherot... |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoyo soklan igs tu pun..kepoci amat!! Huhuhu. Biarlah dorang nak low profile. |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 8-8-2024 01:52 PM
tapi
macam tak logik
sibuk sangat ke sampai nak like (seperti sebelum2 ini) pun tak dan?
Logik je. Iols yg org biasa ni pun, 5 hari busy dgn kerja. Xsempat nak bukak IG & porum pun. Ni bru la dpt pegang fon. Inikan pulak Bamtah yg busy shooting |
|
|
|
|
|
|
|
Ni meols tepek collage Fattah busy meeting sana sini
Yang heols x share kat IG berhabuk heols
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tunggu anniversary depa la..kot-kot ada gambar berPDA yang pada nerakazen nak kan. nanti jangan plak menyampah kata tak elok show off lebih-lebih gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|