CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20477|Reply: 0

[Kedah] Yayasan Keluarga Malaysia bantu 2 anak yatim kehilangan bapa akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 12-8-2024 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Yayasan Keluarga Malaysia bantu 2 anak yatim kehilangan bapa akibat COVID-19


Noorazura Abdul Rahman - Ogos 12, 2024 @ 7:42pm [email protected]







Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan sumbangan kepada Choy Foong Yee, ibu tunggal dua anak yang kehilangan suami akibat COVID-19 pada 2021. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman




ALOR SETAR: Kekangan kewangan selepas kematian suami akibat COVID-19 tiga tahun lalu, memaksa seorang ibu tunggal berpisah dengan anak sulung berusia tujuh tahun.

Choy Foong Yee, 32, berkata dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada ibu di Kuala Lumpur kerana kesempitan wang, selain tidak mampu menjaga dua anak yang masih kecil sekali gus.

"Selepas suami meninggal pada 24 Julai 2021, saya dapat kerja kerani di sebuah bank di sini, jadi tak mampu berulang alik hantar anak yang kecil ke taska dan anak sulung ke sekolah.

"Sebab itu saya ambil keputusan hantar anak sulung untuk dijaga ibu, anak bongsu berusia 5 tahun bersama saya. Memang saya akui hidup agak sukar, banyak komitmen kewangan perlu bayar.

"Saya harap dapat jaga semula anak sulung apabila keadaan sudah mengizinkan," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) di rumahnya di Mergong, di sini hari ini.

Foong Yee berkata, dia sangat terharu dan berterima kasih kepada yayasan itu kerana prihatin dengan nasibnya dan akan memanfaatkan bantuan berkenaan sebaik mungkin untuk persekolahan anak-anak.

Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas Perdana Menteri yang menyampaikan sumbangan berkenaan, berkata YKM menyalurkan bantuan RM1.5 juta setahun kepada hampir 1,000 penerima.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sudah menyatakan komitmen untuk menyalurkan peruntukan tahunan RM5 juta bagi membantu YKM membela lebih 6,000 anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di seluruh negara.

"Kerajaan komited bagi sumbangan RM5 juta setahun dan kita juga berusaha mendapatkan dana dari sumber lain," katanya yang turut menziarahi keluarga bekas tentera, Hasrol Hadi, 50, yang terpaksa membesarkan dua anak masih belajar selepas kematian isterinya.

Beliau berkata, program bantuan itu akan diteruskan bagi membela nasib anak yang menjadi yatim atau yatim piatu selepas kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya akibat pandemik COVID-19.

"Kita beri bantuan berdasarkan pendapatan penjaga kerana ada dari keluarga miskin, yatim piatu dijaga nenek. Kita ambil kira kategori mereka yang boleh terima bantuan ini kerana ada yang sudah terima bantuan lain seperti JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau zakat.

"Kita tidak mahu ada pertindihan, akan beri bantuan kepada mereka yang belum menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana agensi. YKM akan bantu sehingga mereka berusia 18 tahun.

"Kalau terus pengajian di IPT (institusi pengajian tinggi), kita akan jaga sehingga mereka tamat pengajian," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1283968/yayasan-keluarga-malaysia-bantu-2-anak-yatim-kehilangan-bapa-akibat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.042400 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list