Saya masih Menteri Besar Perlis - Mohd Syukri
Oleh BERNAMA - Ogos 13, 2024 @ 11:34pm
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli. - NSTP/Faiz Anuar
KANGAR: Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.
Menteri Besar Perlis itu enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.
"Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja.
"Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.
Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau 'diarahkan' untuk letak jawatan. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1284496/saya-masih-menteri-besar-perlis-mohd-syukri
|