Kulim: Polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang wanita warga emas, Hatiah Karid, 76, yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Polis Daerah Kulim menerima satu laporan polis berhubung kehilangan individu itu pada 3.54 petang, 12 Ogos lalu.
Beliau berkata, alamat terakhir warga emas terbabit adalah di Taman Tiram, Kulim, dan pakaian dipakainya ketika dilaporkan hilang adalah blaus hitam, tudung biru dan seluar berwarna koko.
"Ketinggian warga emas terbabit adalah 163 sentimeter dan berat badannya 73 kilogram.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan penama yang dilaporkan hilang sejak 12 Ogos ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Syukbah Ishak di talian 011-29015226.
"Selain itu, orang boleh menghubungi talian hotline Balai Polis Kulim di talian 04-4031222 atau hotline Polis Daerah Kulim 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.