View: 45781|Reply: 37
|
Raja Azura Pilih Untuk Berhijab Diusia 52 Tahun - “Apabila Sudah Sampai Waktu, Kita Berubah Menjadi Seorang Yang Lebih Baik"
[Copy link]
|
|
Pengacara dan pelakon terkenal, Raja Azura, 52, baru-baru ini telah membuat keputusan yang memberi inspirasi kepada ramai apabila memilih untuk berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji pada Julai lalu.
Keputusan ini dilakukan dengan penuh keikhlasan, bukan sekadar untuk penampilan luaran, tetapi lebih kepada memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang Muslimah.
Raja Azura, yang mesra dikenali sebagai Kak Engku berkata, perubahan yang dilakukannya adalah atas kehendak diri sendiri, sesuai dengan usianya yang semakin meningkat.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia,” katanya, mencerminkan kematangan dan kedewasaan yang diperolehnya dari pengalaman hidup.
Berbeza dengan kisah-kisah penghijrahan lain, Raja Azura tidak mengalami sebarang mimpi atau peristiwa luar biasa sebelum memutuskan untuk bertudung.
“Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung. Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” jelasnya. Keputusannya adalah hasil dari kesedaran diri dan keikhlasan yang lahir dari hati.
Raja Azura turut mengakui bahawa dia sudah puas dengan imej yang digayakannya sebelum ini. Kini, dia memohon doa daripada semua agar mendoakan yang terbaik untuk individu-individu lain yang belum berhijrah.
“Saya dah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk,” katanya. Dengan pengalaman hidup yang luas, Raja Azura memahami bahawa setiap orang memiliki perjalanan yang berbeza dalam menemui kebenaran dan mengekalkan keimanan.
Beliau juga menasihati agar tidak mudah menghukum mereka yang belum berhijab, sebaliknya menyeru agar kita lebih berfikiran positif dan memahami bahawa setiap individu adalah milik Allah.
“Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah. Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang,” katanya lagi.
Raja Azura menekankan pentingnya memperbaiki diri sendiri sebelum menilai orang lain, kerana berhijrah bukan sekadar penampilan, tetapi juga soal hati dan keikhlasan.
Selain berkongsi tentang penghijrahannya, Raja Azura juga meluahkan rasa terujanya kerana berpeluang mengerjakan ibadah haji buat kali kedua, kali ini bersama ibu tercinta.
Pengalaman ini menjadi lebih istimewa kerana jemputan untuk mengerjakan rukun Islam kelima tersebut datang secara tidak disangka-sangka, memberikan kejutan manis kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
Penghijrahan Raja Azura ini bukan hanya menggambarkan perubahan fizikal semata-mata, tetapi juga menandakan perjalanan spiritual yang lebih mendalam.
Dengan keikhlasan dan kesedaran yang tinggi, Raja Azura menunjukkan bahawa perubahan yang dilakukan dengan niat yang baik akan memberi manfaat yang besar, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain.
Sumber: Murai,my |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. So puaslah hati netizen??? Siapa pulak korang nak kecam lepas ni? ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..
semoga dipermudahkan buat kak engku.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi sekor
macam baru semalam belajar agama islam yang tutup aurat tu wajib |
|
|
|
|
|
|
|
ni tutup rambut je. pakai tudung saji pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 15-8-2024 09:07 AM
ni lagi sekor
macam baru semalam belajar agama islam yang tutup aurat tu wajib
Sekurang kurangnya dia buat.
Dalam islam mengumpat pun berdosa. Tersenarai lagi 7 dosa besar, tapi kita tetap juga normalisasikan gossip cari. Dok gicthuuu uolsszzzz? |
|
|
|
|
|
|
|
Benda baik kita sokong je. Semoga istiqamah. I pun berharap benda yang sama pada I juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AkokKocik at 15-8-2024 10:58 AM
Sekor lagi???
![](static/image/smiley/biggif/gif_haha.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
She's looking great at age of 52. Ageing gracefully. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai camni. Berhijab tapi tutup rambut jer. Leher terbukak. Dia ingat leher bukan aurat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Berhijab ke tu? Bukan tutup ubun2 kepala je ka? |
|
|
|
|
|
|
|
dia berusia ni jadi makin cantik |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah semoga istiqamah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|