CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30664|Reply: 9

[Dunia] Berjuta kanak-kanak perempuan tidak bersekolah sejak Taliban memerintah

[Copy link]
Post time 15-8-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-8-2024 09:46 AM

PARIS: Kerajaan Taliban di Afghanistan menyekat akses pendidikan kepada 1.4 juta gadis sejak mengambil alih pentadbiran negara itu pada 2021, menurut Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melihat generasi di Afghanistan mula terancam apabila sebegitu besar golongan muda dinafikan peluang untuk belajar.

Kata UNESCO lagi, akses kepada pendidikan rendah juga merosot dengan ketara, dengan hanya 1.1 juta kanak-kanak perempuan dan lelaki bersekolah.

Keadaan yang berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas pihak berkuasa Taliban mentadbir semula Afghanistan pada 15 Ogos 2021, kini bertambah serius.

"UNESCO bimbang dengan kesan bahaya akibat kadar keciciran yang semakin besar ini, yang boleh membawa kepada peningkatan kes buruh kanak-kanak dan perkahwinan pada usia terlalu muda.

"Hanya dalam tiga tahun, pihak berkuasa de facto sudah hampir menghapuskan dua dekad kemajuan mantap untuk pendidikan di Afghanistan dan masa depan seluruh generasi kini dalam bahaya," katanya.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay pula menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus bergerak 'supaya sekolah dan universiti dibuka semula tanpa syarat kepada gadis serta wanita Afghanistan'.

Kata UNESCO lagi, bilangan murid sekolah rendah juga berkurangan di Afghanistan, yang dikesan hanya mempunyai 5.7 juta murid perempuan dan lelaki di sekolah rendah pada 2022, berbanding 6.8 juta pada 2019.

Agensi PBB memberi alasan, pengurangan itu adalah disebabkan pihak berkuasa melarang guru wanita mengajar lelaki serta kekurangan insentif untuk ibu bapa menghantar anak ke sekolah.

Kata kenyataan itu, kemasukan di bidang pendidikan tinggi juga membimbangkan, dengan bilangan pelajar universiti dikesan susut sebanyak 53 peratus sejak 2021.

"Akibatnya, negara akan dengan cepat menghadapi kekurangan graduan yang terlatih untuk pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus memburukkan lagi masalah pembangunan," kata UNESCO. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2024 09:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni (taliban) myanmar je kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 10:02 AM | Show all posts
masalah bila bulat2 menolak ilmu,
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg betul ke news ni??
depa dlm taliban ni pemikiran jaman bila la...jaman rasul dulu pun pompuan digalakkan berilmu kalau dak takkan la siti khadijah tu jadi usahawan tersohor.
eh babi laaa nak sekat2 org pergi sek. kalau taknak bercampur laki+pompuan wujudkan sek pompuan semua tenaga pengajar/pekerja pompuan la
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 10:31 AM | Show all posts
Kenapalah dilucutkan hak untuk menimba ilmu kepada kanak-kanak perempuan di sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2024 04:24 PM | Show all posts
1000 hari dah ban ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Take beeeerrrrr

Jantan2 Toli-ban ni takut kalau pompuan lagik educated, susah la nak bodoh2kan. Dah majoriti jantan Toliban ni pun tak sekolah tinggi.

Ok lagik Kim Jong Un. At least dia kasik juga universiti kat negara dia pehtu ada gak la intranet. Har.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
X perlu kot nk nyebok amek tau pasal Afghan, Kazakh, gohek gostan bagai. Kt Mesia ni bukan Talibban sekalipon ramai anak2 keluarga susah, duk kampong2, ank org asal org ulu mana hatta kt KL ni raaaaamai je yg susah, nk reach out ke sape x tau. Mak pak cerai x de duit nk sekolah. Sedeyhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 06:06 PM | Show all posts
Masalah larangan taliban ni ialah masalah sistem.

Undang-undang negara sendiri melarang/tidak galakkan perempuan bersekolah. Apa reason kerajaan taliban pun kita tak tahu... at least taliban umum ke seluruh dunia kenapa dia ada dasar pendidikan yang sangat berlainan dengan negara lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042136 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list