View: 29706|Reply: 24
|
[Tempatan]
Maybank, CIMB didenda Bank Negara lebih RM5 juta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM4.32 juta ke atas Malayan Banking Bhd dan Maybank Islamic Bhd serta RM760,000 ke atas CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd susulan gangguan beberapa perkhidmatan perbankan yang berpanjangan.
Dalam penyata berasingan, bank pusat itu melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
"AMP itu dikenakan kerana ketidakpatuhan perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), bersama-sama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT)," kata BNM.
Di bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT, institusi kewangan perlu memastikan sistem kritikal yang relevan direka bentuk dengan tahap ketersediaan yang tinggi.
Khususnya, masa terhenti tidak terancang yang mempengaruhi antara muka (interface) pengguna secara terkumpul hendaklah tidak melebihi empat jam dalam tempoh 12 bulan, dengan masa terhenti maksimum yang boleh diterima selama 120 minit bagi setiap kejadian, katanya.
Antara 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024, aplikasi Regional Mobile Bank Platform (RMBP) dan MAE Maybank mengalami beberapa kali masa terhenti tidak dirancang yang menyebabkan gangguan berpanjangan terhadap beberapa antara muka perkhidmatan perbankan dengan pelanggan.
BNM juga menyatakan bahawa pelanggan CIMB menghadapi gangguan perkhidmatan yang berpanjangan pada 8 - 9 April 2024, yang menjejaskan saluran e-perbankan, ATM, dan kedua-dua perkhidmatan kad debit dan kredit. Gangguan ini melebihi paras ambang yang ditetapkan oleh BNM.
Sebagai tindak balas, CIMB mengakui keputusan bank pusat itu dan menyatakan kekesalan terhadap masa henti yang tidak dirancang, yang memberi kesan kepada pelanggan dan rakan niaganya pada tarikh tersebut.
"Meskipun bank, bersama-sama pihak ketiganya, telah mengambil tindakan pemulihan yang sewajarnya bagi memastikan masa henti diminimumkan, insiden itu menjejaskan urus niaga perbankan pelanggan kami, dan kami mengakui bahawa kami perlu berusaha untuk melakukan yang lebih baik," katanya.
CIMB juga mengesahkan komitmennya untuk melabur dalam teknologi, sistem dan proses untuk meningkatkan daya tahan dan memastikan infrastruktur kritikalnya dapat memenuhi keperluan pelanggan secara konsisten.
Sementara itu, Maybank mengulangi komitmennya untuk meningkatkan pengalaman dan komunikasi pelanggan sambil memastikan pematuhan kepada semua peraturan BNM yang berkaitan dengan masa operasi perkhidmatan.
"Langkah dalaman untuk mengukuhkan lagi dan memantau sistem kami disediakan untuk memastikan prestasi optimum.
"Kami amat menghargai sokongan berterusan, kesabaran dan pemahaman pelanggan kami," kata Maybank dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bank islam tak kena, evaluation dr segi apa aaa?
Kalau dr segi bank apps utk pengguna individu, aku rasa yg paling lousy ialah bank islam, manjang loading nak2 pulak time kita nk cepat buat transaction pnting, hampehhh.
Maybank kira ok lah, realible je. Kalau nk travel pun siap boh belanja dlm maybank, tak yakin dgn bank2 lain, nk jolok dr obersi pun mudah, masa hj umrah, guna maybank card je, x pyh bwk cash byk2. Cuma yg tak best caj tu mahal sekali guna atm machine sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik RM5 juta, kalau RM50 juta menggelabah semua |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka bank. Kesalahan Maybank lg seriously, sampai kena 4.32 juta. CIMB cuma 760000 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 15-8-2024 10:30 AM
Nasib baik RM5 juta, kalau RM50 juta menggelabah semua
5 juta utk kedua2 bank besar ni mcm taik.gigi je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasik ler scholarship kat bebudak computer science. Cyber security ke dari global top uni. Hire orang pun kedekuts. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg developer mae tu 100% import Dr yindia. Mungkin ni karma Dr tuhan sbb x utamakan bakat tempatan.
Tp kita pun paham jgk org tempatan ni sembang mmg padu dlm media sosial, tp srh buat jahanam mat. |
|
|
|
|
|
|
|
bila technical words dimelayukan....agak confusing....how about customer services calls...tak nak audit ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
masa mula2 MAE diperkenalkan iolls masih xleh mubon drp maybank app yg lama...
masih juga gunakan maybank yg classic tu....rsnya tahun ni bru blh terima, MAE ni buat iolls pening...byk sgt kena klik hat sana hat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bayarlah penalti kat kita user Maybank ni dari bayar kat Bank Negara lagi bermanfaat sbb kita yg user utama dia sampai x dpt guna apps segala beberapa jam...
|
|
|
|
|
|
|
|
oo patut la baru ni annual dinner BNM kemain sakan lagi staff semua pakai costume bagai.... i tgk kejap2 ada dinner, kejap2 ada event... masyukk noh....
|
|
|
|
|
|
|
|
yg mmg iols sokong. bayar pada user sepatutnya.
orang nak buat transaction x terpasal delay semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bank kaya raya tak terjejas...
Tapi kenapa bayar kat BNM? Kesalahan pd user maka bayarlah kat kita sikit sorang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb kita yg beri income kat diaorang...
What is the function bayar kat BNM...erkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bsn,bank rakyat x kena ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi i suka Maybank sbb nak qr senang, kalau i pakai lagi 1 kena login la kena masuk password lah adoi org nak cepat nak qr |
|
|
|
|
|
|
|
Utung la Bank Negara.. ats angin je dpt 5 juta |
|
|
|
|
|
|
|
AN sampai 2 hari
boleh bawa family
meriahhhartis2 hebat perform
sheila majid salah seorg
|
|
|
|
|
|
|
|
iols so far xde masalah sgat dgan maybank.... CIMB dgan Bank Islam plg hazabbbb |
|
|
|
|
|
|
| |
|