CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53706|Reply: 0

[Kedah] Lapan direman bantu siasatan dua lelaki ditetak

[Copy link]
Post time 16-8-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Lapan direman bantu siasatan dua lelaki ditetak


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 16, 2024 @ 12:14pm [email protected]







Foto hiasan





SUNGAI PETANI: Lapan lelaki direman hari ini untuk membantu siasatan dua individu ditetak sehingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata enam lelaki disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mereka direman bermula hari ini sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Dua lelaki lagi direman mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan bermula hari ini sehingga 19 Ogos bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20-an hingga 30-an," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pekerja cuci kereta maut, manakala seorang pengawal keselamatan parah dengan kesan kecederaan dipercayai ditetak di kepala dan badan di lokasi berasingan di kawasan Bedong, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, polis menerima panggilan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan di Zon Merah pada jam 2.20 pagi memaklumkan menerima kes dua lelaki yang mempunyai kesan kecederaan akibat ditetak.

Kedua-dua mangsa berusia 20-an itu ditemui pada jarak antara 2.7 kilometer di lokasi berasingan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1285618/lapan-direman-bantu-siasatan-dua-lelaki-ditetak






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.038241 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list