CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57160|Reply: 1

[Pulau Pinang] Peniaga didenda RM6,000 sewa rumah guna MyKad orang mati, lombong Bitcoin

[Copy link]
Post time 16-8-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga didenda RM6,000 sewa rumah guna MyKad orang mati, lombong Bitcoin


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 16, 2024 @ 12:47pm [email protected]







Seorang peniaga, Lim Chong Lim, 42, didenda RM6,000  selepas mengaku bersalah menggunakan maklumat kad pengenalan individu lain yang sudah meninggal dunia ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini. - Foto NSTP/Aminah Yusof





BALIK PULAU: Seorang peniaga didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan maklumat kad pengenalan individu lain untuk menandatangani perjanjian sewa rumah, tiga tahun lalu.

Lim Chong Lim, 42, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Chia Huey Ting.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menipu P Sundresan, 43, secara bersemuka menggunakan maklumat butiran kad pengenalan milik penama, Chiew Kok Wah, 48, untuk menandatangani surat perjanjian penyewaan menggunakan khidmat ejen syarikat hartanah.

Surat perjanjian itu dibuat untuk menyewa rumah No 2, Lintang Kampung Masjid 4, Teluk Kumbar bagi tujuan menjalankan aktiviti cari gali bitcoin dengan cara mencuri arus elektrik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara haram bermula 15 Ogos 2021 hingga 3 Julai 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang di alamat 597 Jalan Ayer Putih, Balik Pulau pada 6 Ogos 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati telah memberikan pengadu iaitu Sundresan kad kad pengenalan milik individu lain yang sudah meninggal dunia untuk menandatangani perjanjian rumah yang ingin disewanya.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana tertuduh perlu menanggung keluarga serta bapanya yang telah uzur.

Namun, Lushani memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan teladan kepada tertuduh.

"Difahamkan pengadu telah mengalami kerugian sebanyak RM129,865.42 selepas disaman pihak TNB disebabkan kes kecurian elektrik tersebut.

"Pengadu juga telah difailkan kes bankrap ke atasnya disebabkan kes ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1285631/peniaga-didenda-rm6000-sewa-rumah-guna-mykad-orang-mati-lombong-bitcoin






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 03:50 PM | Show all posts
It’s shocking to see someone use a deceased person’s ID for illegal activities like Bitcoin mining. The RM6,000 fine seems light compared to the damage done and the potential prison sentence. This case highlights the need for stricter controls and checks to prevent such misuse of personal information.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list