CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17038|Reply: 0

[Kedah] Bomba bantu tanggalkan cincin tersekat di jari lelaki hampir seminggu

[Copy link]
Post time 17-8-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Bomba bantu tanggalkan cincin tersekat di jari lelaki hampir seminggu


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







ANGGOTA bomba membantu menanggalkan cincin suasa di jari manis tangan kanan seorang lelaki yang gagal ditanggalkan sejak seminggu. FOTO Ihsan JBPM





Sik: Lelaki terpaksa menahan sakit hampir seminggu selepas cincin suasa di jari manis tangan kanannya itu gagal ditanggalkan.

Berikutan itu, dia datang sendiri untuk mendapatkan bantuan anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini, bagi membantu menanggalkan cincin berkenaan pada 12.09 tengah hari.

Ketua BBP Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun yang menetap di Kampung Melaka, Mukim Sok itu memaklumkan jarinya sakit hampir seminggu.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan jari mangsa melecet dan luka sehingga menyebabkan ia berbau busuk.

"Disebabkan tidak tahan menahan sakit, dia terus datang sendiri ke balai untuk meminta bantuan anggota kami.

"Bagaimanapun, melihat keadaan jari mangsa yang membengkak dan hampir putus, ketua operasi yang bertugas, Matzuki Mat Noh mengarahkan lelaki itu ke Unit Kecemasan Hospital Sik (HS) terlebih dahulu untuk pemeriksaan awal.

"Sejurus selepas itu, sepasukan anggota seramai enam orang ke turut ke hospital bagi membantu petugas kesihatan dengan menggunakan peralatan khas kebombaan bagi tujuan memotong cincin itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, pihak bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk melakukan operasi itu yang dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan serius pada jari mangsa.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut.

"Hasil soal siasat yang dilakukan, lelaki itu memberitahu dia mengambil masa terlalu lama iaitu hampir seminggu untuk mengeluarkan cincin yang tersekat kerana pada mulanya dia cuba melakukan sendiri untuk menanggalkan cincin itu namun akhirnya gagal dan jari semakin membusuk.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan tidak memaksa untuk memakai cincin yang ketat untuk elak kecederaan.

"Dapatkan segera bantuan daripada pihak Bomba untuk memudahkan operasi dilakukan," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 17, 2024 @ 4:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1123844/bomba-bantu-tanggalkan-cincin-tersekat-di-jari-lelaki-hampir-seminggu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.107583 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list